Advertisement
Advertisement
Kenapa Ezlynn Mahu Cerai?
June 19, 2017
Amar Baharin Terlalu Bimbang
June 20, 2017

Amyra Rosli Puasa Selang Sehari

By : Nani Ramlee

Biarpun mengalami alahan teruk ketika trimester pertama kandungan, namun pelakon Amyra Rosli tetap menguatkan diri untuk menjalani ibadah berpuasa tahun ini. Amyra yang kini hamil lima bulan bagaimanapun mengakui hanya akan berpuasa jika mampu kerana tidak mahu menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.

“Doktor tak menyekat saya untuk berpuasa, tapi dia ada berpesan supaya saya tahu sejauh mana kekuatan diri saya. Dia nasihat kalau boleh jangan terlalu penat kerana badan saya terlalu kecil untuk berpuasa.

Doktor nasihat kalau boleh biar baby dapat nutrisi yang cukup dan setiap pagi, saya akan makan ubat yang diberi doktor,” tutur Amyra sambil berkongsi pengalaman pertamanya berpuasa sebagai wanita hamil.

“Memang lain rasanya berpuasa ketika berbadan dua. Pernah saya puasa, tapi petang muntah. Saya akan cepat rasa nak pitam. Sebab itu saya akan berpuasa selang sehari untuk menjaga kandungan,” ujar Amyra.

Berkongsi lebih lanjut mengenai aktiviti Ramadannya, pelakon drama ‘Seindah Takdir Cinta’ ini memberitahu dia tidak mengambil sebarang tawaran lakonan atau melakukan bisnes baju raya seperti yang dilakukannya sebelum ini.

“Bulan puasa ini saya hanya akan menghadiri majlis berbuka puasa dan memenuhi aktiviti-aktiviti yang tidak memerlukan masa panjang. Saya juga berehat daripada menjalani sebarang penggambaran dan tak buat bisnes sebab tak nak sibukkan diri pada bulan puasa ini.

Saya pernah bleeding ketika trimester pertama, jadi saya takut. Lagipun, ini adalah pengalaman pertama saya mengandung, jadi saya nak enjoy momen ini,” katanya yang teruja untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Saya tak sabar nak sambut Aidilfitri sebab ini kali pertama saya beraya dengan suami dan bayi dalam kandungan. Perkara ini membuatkan saya teruja untuk beraya. Kami akan beraya di Kuala Lumpur dan mempunyai perancangan bercuti di luar Kuala Lumpur selepas Raya nanti.

Persiapan raya pun tak beria sangat sebab saya dah trimester kedua, jadi saya tak tahu perubahan saiz badan saya macam mana,” ujarnya yang bakal muncul bersama suami, Amar Baharin dalam program The Sarimah Show pada Hari Raya pertama jam 11.00 malam di TV3.

Kredit photo : Instagram Amar Baharim

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid