Advertisement
Advertisement
Dayang Nurfaizah Tak Mengamuk Ditanya Soal Jodoh
June 16, 2017
Amyra Rosli Puasa Selang Sehari
June 19, 2017

Kenapa Ezlynn Mahu Cerai?

By : Faris Othman

Kes perceraian penyanyi Ezlynn dengan suami, Adam Fahmy akan diketahui statusnya pada 11 Julai hadapan selepas jawatankuasa pendamai mengemukakan laporan berdasarkan proses sulh yang dilalui pasangan itu.

Ezlynn ditemui ketika majlis Tayangan Program Raya Rangkaian TV Media Prima akur kepada ketentuan dan menganggap keputusan diambilnya sebagai penyelesaian terbaik untuk dia dan Adam Fahmy.

“Sebenarnya yang terbaik untuk kami berdua adalah itu (perceraian). Masalah antara kami dah lama berlarutan. Sudah beberapa tahun terjadi. Tapi orang tak tahu sebab kami masih berkomunikasi seperti biasa.

“Kami juga masih tinggal sebumbung. Setelah bertahun-tahun, tapi orang tak perasan kerana kami masih berkawan dan bercakap macam tiada sebarang masalah,” tambahnya lagi.

Bagi pelantun lagu Hi Hi Bye Bye ini, sinar Ramadan seolah membawa bersama rahmat untuknya menemukan penyelesaian terbaik untuknya sekaligus menamatkan segala kemelut melanda.

“Saya boleh lihat hikmah di sebalik semua ini sempena bulan Ramadan yang mulia. Saya sudah melalui fasa bersedih dah lama. Macam saya katakan, semuanya berlaku dah bertahun-tahun.

“Tak ada siapa pun tahun, malahan keluarga saya sekalipun. Orang mula tahu bila saya ke mahkamah hari tu. Saya hadapi segalanya berseorangan. Apa yang memberi semangat dan kekuatan kepada saya adalah doa kepada Allah, itu sahaja,” katanya.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid