Advertisement
Advertisement
Amyra Rosli Puasa Selang Sehari
June 19, 2017
Telefilem Hebat Sempena Aidilfitri di TV3
June 22, 2017

Amar Baharin Terlalu Bimbang

By: Nani Ramlee

Jika artis lain lebih selesa untuk mengurangkan aktiviti seni ketika bulan Ramadan, namun pelakon Amar Baharin akui dia agak sibuk sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Walau bagaimanapun, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini teruja menjalani ibadah puasa tahun ini yang dianggap cukup istimewa baginya.

“Saya agak sibuk untuk Ramadan kali ini kerana saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama 26 episod sehingga raya nanti. Saya juga kena banyak agihkan masa antara shooting, menjaga isteri, bisnes kurta serta jubah, dan juga aktiviti Ramadan,” tutur Amar kepada Tonton Extra.

“Walau bagaimanapun, Ramadan kali ini memang sangat bermakna kerana saya ada isteri dan juga anak yang dikandung oleh isteri. Kalau sebelum ini, saya sibukkan diri dengan kerja, tapi tahun ini saya ada keluarga sendiri yang saya perlu luangkan masa bersama.”

Ditanya mengenai keadaan isterinya yang berpuasa buat pertama kali sebagai wanita hamil, Amar berkata dia risau dengan keadaan isterinya dan mengakui tidak memaksa isterinya untuk berpuasa penuh.

“Saya dah berbincang dengan doktor dan dia beritahu Amyra boleh cuba untuk berpuasa. Tapi kalau memudaratkan, dia tak galakkan Amyra untuk berpuasa. Lagipun Amyra ada gastrik dan kami tak nak ia memberi efek pada kandungan,” ujar Amar lagi.

Dalam masa yang sama, Amar turut meluahkan rasa bimbang apabila isterinya terlibat dengan sebuah penggambaran telefilem raya kira-kira sebulan lalu.

“Saya selalu kena ingatkan dia sebab dia selalu ingat dia dah sihat dan kuat. Kadang-kadang dia lupa yang dia tengah mengandung, tapi Alhamdulillah bila ditegur, dia akan dengar. Masa dia shoot tele raya, saya memang sangat risau kerana kandungannya masih lagi baru.

Saya hanya izinkan kalau babak yang dilakonkan tak mencabar. Saya tak nak tanggung risiko apa-apa kerana saya takut nanti merosakkan harapan kami. Saya memang sangat berhati-hati bila nak izinkan dia berlakon.

Namun, Alhamdulillah baby pun dah semakin besar. Semakin lama saya tengok dia pun dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan diri dia. Sekarang ini saya rasa tenang sikit bila pergi kerja,” katanya yang bakal beraya di Kuala Lumpur sebelum bercuti di kampung bapa Amyra di Terengganu.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid