Advertisement
Advertisement
Raikan Lebaran Dengan Program Menarik Di TV9
June 24, 2017
Elfira Loy Nafi Tinggalkan Kerjaya Lakonan
June 27, 2017

Meriahkan Aidilfitri Dengan Program-Program Menarik Di TV3

By : Nani Ramlee

Sambutan Aidilfitri 2017 bertambah meriah dengan sajian program-program menarik di TV3. Pelbagai program bual bicara, majalah, gaya hidup dan hiburan bakal mewarnai kaca televisyen anda sepanjang Syawal ini.

Antara program bual bicara dan majalah yang bakal bersiaran ialah Istimewa Aidilfitri yang ditayangkan pada Raya Pertama, 25 Jun 2017 jam 7.00 pagi, Malaysia Hari Ini Istimewa Aidilfitri (Raya Kedua & Ketiga, 26 & 27 Jun 2017, 7.00 pagi), Mana Kawan Adik? (Raya Keempat, 28 Jun 2017, 6.00 petang) dan Majalah 3: Selamat Hari Raya, Aina (Raya Kesembilan, 3 Julai 2017, 9.00 malam).

Tidak ketinggalan program gaya hidup menarik seperti Dapur Panas Vs 5 Rencah Rasa (Raya Ketiga, 27 Jun 2017, 11.00 malam), Schawalara Raya (Raya Kelima dan Keenam, 29 & 30 Jun 2017, 6.00 petang) dan Nona Raya (Raya Kelapan, 2 Julai 2017, 2.00 petang).

Penonton juga turut disajikan dengan variasi program hiburan menarik sempena Syawal ini. Antara program yang mesti anda tonton ialah Raya Sakan Mak Cun (ditaja oleh Coca-Cola) yang disiarkan secara langsung pada malam Raya, 24 Jun 2017 jam 11.00 malam. Program yang menampilkan barisan pelakon Mak Cun seperti Eirma Fatima, Balkisy Samundur Khan, Umie Aida, Dato’ Rahim Razali dan Adik Haidar selaku pengacara ini turut dimeriahkan dengan artis undangan antaranya Usop Mentor Milenia, Azrel Ismail, Izzue Islam, Nico, Janna Nick, Azira Shafinaz, Mark Adam dan Ayda Jebat.

Jangan lupa untuk menonton Melodi Raya dan The Sarimah Show Raya yang bakal ditayangkan pada hari raya pertama, 25 Jun 2017 jam 12.00 tengah hari dan 11.00 malam. Raya anda juga turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai program menarik antaranya Muzik Muzik 32 Raya (Raya Kedua, 26 Jun 2017, 11.00 malam), J.K.K Raya (Raya Keempat, 28 Jun 2017, 11.00 malam), Ye Ke?! Raya (Raya Kelima, 29 Jun 2017, 5.00 petang) dan Mentor Milenia 2017 Raya (Raya Kelima, 29 Jun 2017, 9.00 malam). Selamat menonton!

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid