Advertisement
Advertisement
Elfira Loy Nafi Tinggalkan Kerjaya Lakonan
June 27, 2017
Selebriti Kongsi Perasaan Beraya Dengan Anak Pertama
June 27, 2017

Syazuwan Hassan Jemput Peminat Beraya

By : Faris Othman

Aktor Sein dan Luna, Syazuwan Hassan tidak begitu menekankan persiapan Aidilfiri tahun ini kerana lebih sibuk membantu abang keduanya membuat persiapan perkahwinan yang akan berlangsung ketika musim perayaan ini.

“Tahun ni persiapan raya saya sekeluarga hanya biasa-biasa sebab semua orang sibuk tolong abang saya yang akan kahwin pada raya ini. Semua ahli keluarga terlibat untuk pastikan semua urusan berjalan lancar seperti dirancang.

“Disebabkan pihak perempuan dan lelaki tak buat sekali, jadi banyak hal perlu diselesaikan secara berasingan. Banyak kerja sikit jadi kami terpaksa lupakan persiapan raya dan fokus kepada hari bahagia abang kedua saya itu,” katanya.

Bagaimanapun, menurut bakat yang dicungkil oleh Shiela Rusly ini lagi, dia masih menerima kunjungan tetamu dan peminat yang ingin beraya di rumahnya di Hulu Langat.

“Tahun ni tahun kedua saya beraya bergelar artis, kalau ada peminat yang datang beraya, saya alu-alukan dengan tangan terbuka. Sebab tahun lepas pun hanya satu drama iaitu Ketupat Palas Mr Handsome sebelum beraya, mungkin orang tak kenal sangat masa tu.

“Tahun ni aura beraya sebagai artis mungkin lebih sikit sebab lebih banyak drama saya terlibat sejak kelakangan ini. Lebih ramai orang akan kenal dan perasan dengan kehadiran saya tahun ni,” katanya.

Menurut lepasan ijazah Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA ini lagi, memandangkan dia sudah mempunyai kelab peminat, dia ada merancang untuk membuat rumah terbuka bersama mereka yang banyak menyokong perkembangan kariernya itu sempena Syawal ini.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid