Advertisement
Advertisement
Wan Sharmila Ubat Lara Aidilfitri Dengan Melancong
June 28, 2017
Syafiq Kyle Tak Mahu Sekadar Kacak
June 29, 2017

Zara Zya Serik Buat Rumah Terbuka

By : Faris Othman

Heroin Love You Mr Arrogant, Zara Zya khabarnya sudah serik menganjurkan rumah terbuka kerana pelbagai halangan dihadapinya ketika penganjuran majlis berkenaan pada tahun-tahun sebelum ini.
Tambahnya, halangan berkenaan bukan bermakna dia tidak mahu meraikan peminat dalam majlis penuh meriah, namun masalah yang dihadapinya membuatkan dia lebih berhati-hati untuk tidak mengulangi kesilapan serupa.

“Pada dua tahun lepas saya ada buat rumah terbuka di sebuah homestay di Shah Alam. Saya dan staff hanya Google dan melihat tempatnya cantik dan sesuai untuk majlis itu namun apabila sampai di sana, indah khabar dari rupa, tapi terpaksa jugalah teruskan.

“Tahun lepas pula saya sendiri yang ‘sendu’ bila bisnes tak berapa menjadi. Tawaran drama pun tidak berapa memuaskan, jadi lebih banyak masa diluangkan di rumah sahaja pada tahun tu.
“Tapi untuk tahun ni disebabkan kesibukan di set penggambaran, semuanya tak sempat dirancang pula untuk sambutan rumah terbuka raya kali ini,” celotehnya panjang lebar.

Tambahnya lagi, bukan dia tidak mahu tetap membuat sambutan rumah terbuka, namun dia menginginkan satu majlis yang lancar seperti direncanakan, apatah lagi dia sebagai selebriti tentunya membabitkan kehadiran peminat yang ramai.

“Kalau tiap-tiap tahun rumah terbuka tidak sempurna seperti dirancang, malulah kami sebagai tuan rumah kan. Jadi saya lebih selesa untuk tidak membuat rumah terbuka untuk mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya lagi.

Zara kini sedang giat mempromosikan losyen kurus, Trimz yang menjadi produk terbaru keluarannya yang sebelum turut menjual tudung jenama sendiri.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid