Advertisement
Advertisement
Zara Zya Serik Buat Rumah Terbuka
June 28, 2017
Chef Naem Mahu Cuba Semua
June 29, 2017

Syafiq Kyle Tak Mahu Sekadar Kacak

By : Faris Othman

Namanya semakin mendapat perhatian peminat selepas drama bersiri slot Akasia, Suamiku Paling Sweet menjadi bualan penonton drama itu. Hari demi hari, Syafiq Kyle mengumpul peminat dan memperluas pengaruhnya dalam industri.

Namun sebagai insan biasa, pemilik nama penuh Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak ini tidak dapat lari daripada rasa putus asa ketika meniti puncak kemasyhuran dan mencipta nama dalam lakonan. Bagaimanapun, dia tegar memotivasikan diri sendiri dan tidak berpaling lagi.

“Hampir berputus asa memang banyak kali, tak terkira banyak kali, tapi belum pernah lagi betul-betul give up. Sebabnya orang-orang di belakang saya banyak beri dokongan dan kata-kata semangat untuk teruskan minat dalam bidang ni.

“Sebab saya hampir putus asa adalah bila tengok pada keupayaan diri sendiri. Tak ada keyakinan diri. Rasa down, tak boleh pergi lagi. Benda-benda macam tu yang buat fokus saya terganggu seketika,” ujarnya.

Ditanya bagaimana dia mengumpul kekuatan untuk terus tidak terkongkong dengan negativiti yang pastinya akan merencatkan graf perjalanannya menuju puncak, Syafiq mengakui penerimaan dan komen membina peminat yang menjadi faktor nombor satu.

“Apa yang jadi motivasi saya adalah, bila orang suka lakonan saya. Sebelum ni mereka tak komen kualiti lakonan saya mungkin mereka anggap saya berlakon biasa-biasa dan tidak ada apa boleh dibanggakan.

“Selepas tu saya usaha sikit untuk beri lebih dari sekadar orang kata handsome, elok di pandangan. Kalau tengok rupa, Fattah pun handsome, ramai lagi yang handsome sekarang. Saya tak nak semua tu. Mereka ada keistimewaan masing-masing, saya pun nak cari apa yang saya ada,” katanya.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid