Advertisement
Advertisement
Chef Naem Mahu Cuba Semua
June 29, 2017
Pegang Watak Pesakit Kanser, Johan As’ari Teringat Arwah Ibu
June 30, 2017

Amar Asyraf Kecewa Diri Tidak Dihargai

By : Nani Ramlee

Pelakon Amar Asyraf nekad untuk menarik diri daripada pementasan teater Putera La Galigo selepas tawar hati dengan sikap acuh tidak acuh pihak produksi yang bertanggungjawab mementaskan teater bangsawan itu.

Menurut Amar, teater tersebut telah ditunda pada Aidilfitri selepas ditangguhkan pada Disember lalu, namun sehingga sekarang, pelakon itu masih belum menerima sebarang kata putus daripada pihak berkenaan.

“Saya dah malas nak fikir lagi. Saya tekad untuk menarik diri. Kalau mereka tawarkan lagi pun, saya dah tak teringin nak buat,” tegas Amar Asyraf kepada Tonton Extra.
“Saya bagi komitmen sepenuhnya dan sanggup menolak tawaran lain sebab nak berkarya dalam teater ini. Saya teruja nak berlakon sebab nak mencabar diri berlakon dalam teater ini. Bila jadi macam ini, tak best la.

Mereka seolah-olah merendahkan kerja saya sebagai seorang artis. Saya memang kecewa sebab orang tak hargai kerja saya sebagai artis,” ujarnya lagi sambil berkongsi akan terlibat dengan teater Puteri Saadong dan Sitora Harimau Jadian selepas raya nanti.

Dalam perkembangan lain, pelakon ini turut berkongsi rasa teruja apabila dapat bergandingan dengan Izara Aishah dalam telefilem Ramadan Terindah Nuraini. Menurut Amar, kali terakhir mereka berlakon bersama menerusi drama Kasih Najihah pada 2011.

“Saya dah lama tak dapat heroin macam dia. Dia pelakon yang bagus, bijak, sangat bekerja kuat dan sangat memberi. Dia seorang yang sangat serius dengan kerjanya. Saya sangat enjoy berlakon dengannya. Lakonan dia menjiwai watak, berdisiplin dan sangat profesional,” kongsinya lagi.

“Dulu dia masih muda dan baru, bila jumpa balik, memang nampak satu peningkatan yang bagus pada diri dia. Dia seorang pelakon yang sangat bagus. Dia sangat komited. Saya harap kalau selepas dia kahwin nanti, janganlah berhenti berlakon sebab apa yang saya lihat, ramai pelakon bagus ini, bila dah kahwin, tak akan berlakon lagi. Jadi saya harap dia tak berhenti,” katanya mengakhiri perbualan.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid