Advertisement
Advertisement
Amar Asyraf Kecewa Diri Tidak Dihargai
June 30, 2017
Chef Naem Masih Jual Spaghetti Atas Motor
July 3, 2017

Pegang Watak Pesakit Kanser, Johan As’ari Teringat Arwah Ibu

By : Nani Ramlee

Pelakon Johan As’ari mengakui pengalaman menjaga arwah ibunya, Allahyarham Datin Firdaus Abdul Kader, yang menghidapi kanser pangkal rahim sedikit sebanyak memudahkannya untuk membawa watak dalam drama terbarunya Jurnal Suraya di saluran Tonton.

“Dalam Jurnal Suraya saya memegang watak sebagai Alif seorang penghidap penyakit kanser paru-paru. Alhamdulillah, kami dapat menyelesaikan penggambaran drama ini selama 35 hari saja,” ujarnya mengakui agak mencabar untuk mendalami watak sebagai pesakit kanser.

“Cabaran saya lebih kepada untuk menjiwai karakter seorang pesakit kanser. Arwah ibu saya meninggal pun disebabkan kanser servik, jadi saya ada pengalaman menjaga arwah ibu selama tiga bulan daripada stage 2 sehingga meninggal dunia ketika stage 4.

Pengalaman ini sedikit sebanyak membantu saya untuk membawa dan lebih faham tentang kanser,” tutur Johan sambil aku teringatkan arwah ibunya sewaktu membintangi drama ini.
Saya masih teringat lagi macam mana dia menderita. Saya terbayangkan ketika mereka buat rawatan kepada arwah dan itu yang bermain di fikiran saya ketika membawa watak Alif. Namun, tidaklah sampai tahap sedih.

Alhamdulillah, saya dapat tangkap dengan mudah apa yang dimahukan dalam skrip apabila dah ada pengalaman daripada arwah ibu yang merupakan seorang pesakit kanser,” katanya sambil berkongsi pengalamannya bergandingan dengan Nad Zainal dan pengarah Zul Huzaimy.

“Ini kali kedua saya berlakon dengan Nad Zainal, namun pertama kali sebagai pasangan hero dan heroin. Nad seorang yang jujur, bijak dan petah. Saya mudah untuk bekerjasama dengannya dan rasa beruntung dapat bergandingan dengannya.

Zul Huzaimy pula seorang pengarah yang wajar dicontohi. Ini kali kedua dengan Zul dan dia kini lebih mahir. Bayangkan untuk 15 babak, dia mampu siapkan penggambaran dari pagi sehingga petang sahaja,” kongsi Johan yang bakal menjalani penggambaran filem Lekir selepas Aidilfitri ini.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid