Advertisement
Advertisement
Chef Naem Masih Jual Spaghetti Atas Motor
July 3, 2017
Wan Sharmila Kesal Dituduh Songsang
July 4, 2017

Syazuwan Hassan Terima Mesej Lucah

By : Faris Othman

Pelakon meningkat naik, Syazuwan Hassan memilih untuk bertenang dan tidak mudah melatah apabila peti pesanan di laman Instagramnya dipenuhi dengan mesej-mesej aneh dan ada sebahagiannya berbaur lucah!

Baginya, sebagai seorang anak seni, dia perlu bersiap sedia menghadapi perkara sebegitu kerana dirinya kini lebih dikenali dan bergelar figura awam. Ada harga yang perlu dibayarnya.

“Boleh dikatakan setiap jam ada yang hantar gambar pelik-pelik dan boleh dikatakan tidak senonoh. Tapi yang paling banyak adalah mesej daripada adik-adik yang mahukan saya jadi abang angkat mereka.

“Saya sebenarnya mendapat banyak direct message daripada orang tidak dikenali. Ada juga golongan makcik yang hantar mesej, tapi Alhamdulillah mereka ramai yang mendoakan saya lebih dimurahkan rezeki dan kualiti lakonan diperbaiki dari semasa ke semasa, “ ujar anak didik Shiela Rusly ini.

Menerima situasi ini sebagai adat resam dunia hiburan, dia tidak mengambil langkah terlalu drastik dengan menyekat pengguna laman sosial berkenaan dan dia ada alasan tersendiri atas pendirian itu.

“Selagi mesej-mesej berkenaan tidak sampai tahap menganggu hidup saya, saya abaikan saja, tak perlu block pun. Tapi kalau ada yang hantar mesej makian kepada saya secara tiba-tiba, yang tu lainlah.

“Saya tak adalah terkejut terima semua tu. Cuma kadang-kadang rasa kelakar pun ada. Sebab saya rasa kalau saya di tempat mereka, saya tak akan buat kot benda-benda macam tu. Kebanyakannya adik-adik dan remaja yang sedang membesar,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, dia bersama Syafiq Kyle mengemudi rancangan masakan ‘Bila Bujang Masuk Dapur’ yang bersiaran setiap Jumaat, 6.30 petang di TV9.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid