Advertisement
Advertisement
Wan Sharmila Kesal Dituduh Songsang
July 4, 2017
Ramona Zamzam ‘Hantu’ Makan & Kuat Tidur
July 7, 2017

Syafiq Kyle Percaya Pada Rezeki

By : Faris Othman

Walaupun menyertai Hero Remaja 2011/2012 seangkatan dengan Fattah Amin, Saharul Ridzuan dan Hafidz Roshdi, namun nama Syafiq Kyle seakan tenggelam dibayangi rakan-rakannya.

Namun bagi pelakon ‘Suamiku Paling Sweet’ ini, segala perjalanan dan jatuh bangunnya dalam industri adalah ketentuan dan berbalik kepada soal rezeki. Dia tidak sedikit pun terasa ketinggalan berbanding rakan lain yang terlebih dahulu mendapat perhatian khalayak peminat.

“Dalam batch itu saya antara yang termuda, saya 20 tahun masa tu, Saharul 23, manakala Fattah 22 tahun. Saya percaya kita kena tunggu zaman masing-masing. Ada giliran untuk tibanya rezeki datang pada kita.

“Mungkin rezeki mereka lebih murah dan datang terlebih dahulu. Selepas ini mungkin rezeki saya sampai pula. Kami pun dari batch yang sama, jadi kami sokong perkembangan kerjaya masing-masing. Semuanya jadi somebody dalam industri,” katanya positif.

Pernah terpalit dengan isu putus cinta dengan aktres Uqasha Senrose sekitar 2015, Syafiq mengakui kesilapan masa lalu banyak mengajarnya erti kehidupan supaya lebih berhati-hati mengatur langkah di kemudian hari.

“Ketika itu saya baru berusia 20 tahun. Rasanya kalau benda-benda tu tak terjadi dalam hidup, saya tak akan jadi macam hari ini. Kita tak sedar pada masa tu, kalau buat jahat pun kita tak boleh kenal pasti buruk baiknya sebab masih tak matang,” katanya.

Dalam perkembangan lain dia akan muncul dalam drama slot Samarinda berjudul ‘Dekatkan Jarak Kita’ bersama Ayda Jebat dalam sedikit masa lagi.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid