Advertisement
Advertisement
Syafiq Kyle Percaya Pada Rezeki
July 4, 2017
Wany Hasrita Tolak Tawaran Watak Heroin Drama
July 7, 2017

Ramona Zamzam ‘Hantu’ Makan & Kuat Tidur

By : Nani Ramlee

Pelakon Ramona Zamzam mengakui sambutan Aidilfitrinya dan suami, Rami Alashkar pada tahun ini cukup istimewa apabila dirinya disahkan hamil.

“Raya kali ini memang istimewa buat kami berdua sebab saya kini mengandung lima bulan. Alhamdulillah, saya dijangka bersalin sekitar hujung bulan November atau awal Disember nanti,” kata bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini.

Berkongsi mengenai sambutan hari raya, Ramona memberitahu ini merupakan tahun ketiga mereka meraikan Syawal sebagai suami isteri. Pelakon drama Cinta Jannah ini turut berkongsi mereka sekeluarga beraya di Ipoh, Perak tahun ini.

“Kami balik Ipoh tahun ini. Sambut raya dengan keluarga saya di sana. Suami sangat teruja kerana dia memang sangat sukakan rendang daging. Biarpun dia warga Palestin, dia suka makan masakan Malaysia. Bagaimanapun, dia tak larat makan lemang banyak sangat,” kongsi Ramona mengenai pengalaman raya suaminya.

Menyentuh mengenai kehamilannya, pemilik nama Ros Ramina Qadira Mohd Zamzam ini berkata, sejak disahkan hamil, dia menjadi seorang yang sangat kuat makan dan kuat tidur.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana sehingga kini, saya tiada alahan langsung. Suami saya pun tiada alahan. Setakat ini memang tiada apa-apa masalah, cuma selera makan bertambah. Jika dulu makan tiga kali sehari, sekarang dah lima kali sehari.

Saya memang ‘hantu’ makan. Selera makanan pula lebih kepada apa yang suami saya suka makan. Biasanya saya suka makan masakan Melayu, tomyam atau nasi campur, tapi sekarang suka makan salad, sandwich, buah dan makanan sihat,” ujarnya lagi.

“Saya juga tak ada mengidam makanan yang pelik-pelik, tapi dulu masa sekolah, ada seorang makcik jual nasi lemak dalam bakul. Saya rasa nak makan nasi lemak tu, tapi memang taklah nak jumpa sebab dah 11 tahun lalu.

Selain itu, saya tak boleh nampak orang kongsi makanan di media sosial, sebab kalau saya nampak pasti saya nak,” ceritanya Ramona yang turut mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana sering penat.

Kredit foto : Instagram Ramona Zamzam

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid