Advertisement
Advertisement
Ramona Zamzam ‘Hantu’ Makan & Kuat Tidur
July 7, 2017
Mawar Rashid Kini Tunangan Adik Dato’ Fazley
July 10, 2017

Wany Hasrita Tolak Tawaran Watak Heroin Drama

By : Nani Ramlee

Penyanyi yang namanya kini sedang melonjak naik, Wany Hasrita akui masih tidak percaya dengan populariti yang dikecapinya sekarang. Menurut pelantun lagu Menahan Rindu ini, dia masih lagi dalam proses untuk membiasakan diri dengan kehidupan sebagai anak seni yang masih baru buat dirinya.

“Sampai sekarang saya masih belajar dan cuba menyesuaikan diri dengan kelompok selebriti. Alhamdulillah, ibu saya dan syarikat pengurusan banyak membantu untuk membimbing saya,” kata Wany ketika ditemui Tonton Extra.

Nama Wany mula dikenali selepas single pertamanya Menahan Rindu mendapat sambutan hangat sehingga muzik video lagu tersebut mendapat sebanyak 18,655,389 juta tontonan di Youtube. Kata Wany lagi, kesan populariti yang dikecapi, dia juga turut menerima tawaran lakonan daripada pihak produksi.

“Saya ada terima tawaran lakonan untuk memegang watak heroin bagi sebuah drama. Tapi, saya dah bincang dengan pihak pengurusan dan mereka nasihat masih terlalu awal lagi bidang lakonan untuk karier seni saya. Kalau boleh, mereka mahu saya fokus dalam bidang nyanyian dulu.

Saya pun rasa bukan sekarang, tunggu dulu. Lagipun, saya pun tak ada asas lakonan dan tak pergi kelas lakonan, jadi untuk bawa watak yang begitu berat, saya takut menyusahkan pihak lain. Nanti kalau saya tamak dan ambil saja, menyusahkan semua pula sebab saya memang tak pandai berlakon,” katanya yang tidak meletakkan tempoh untuk menerima tawaran lakonan.

“Saya tak berani nak cakap sebab rezeki kan, jadi kita tak tahu. InsyaAllah, masa akan datang kalau ada tawaran dan pihak pengurusan okay, saya akan terima. Saya memang tidak meletakkan sebarang tempoh. Lagipun tawaran persembahan nyanyian sekarang pun banyak, jadi saya tak nak tamak. InsyaAllah, ada rezeki lain pada masa akan datang,” ujarnya yang mengakui pernah ditanya oleh Datuk Rosyam Nor dan Datuk Yusof Haslam sama ada dia berminat untuk berlakon atau tidak.

Sebelum mengakhiri perbualan, pemilik nama Nurshazwany Hasrita Abdullah ini turut berkongsi mempunyai perancangan untuk merakamkan lagu tradisional bersama Pak Ngah. Wany juga turut memberitahu dia baru sahaja selesai merakamkan single solo keduanya sebelum bulan puasa lalu dan lagu tersebut akan dilancarkan dalam waktu terdekat ini.

Kredit foto : Instagram Wany Hasrita

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid