Advertisement
Advertisement
Mawar Rashid Kini Tunangan Adik Dato’ Fazley
July 10, 2017
Qari Haikal Juara Qari Jr. 2017
July 11, 2017

Anas Ridzuan diganggu Jin? Anas mula mendapat gangguan gatal-gatal badan dan ruam yang hanya muncul di waktu malam setelah pulang dari perkhemahan bersama rakannya. Walaupun telah ke klinik, penyakit gatalnya tetap tak berubah. Setelah tidak dapat mengawal lagi penyakit gatal itu, Anas membuat keputusan untuk berubat cara kampung dengan dukun terkenal, Tok Misai.

Penyakit gatalnya hilang namun masalah lain pula yang muncul. Anas mula didampingi oleh makhluk halus pula! Bagaimanapun, ini semua bukanlah realiti kerana ia adalah kisah yang dipaparkan dalam drama terbaru slot Seramedi yang bersiaran di TV3 bermula 10 Julai hadapan.

Drama ini dibarisi pelakon hebat selain Anas Ridzuan, iaitu Emma Maembong, Ben Ladin, Syanie, A. Galak, Aishah Azman, Dazrin Kamaruddin, Kazarudin Saisi, Aishah Ilias, Suffian BMB dan ramai lagi.
Anas ataupun nama wataknya iaitu Akil, gembira kerana penyakit gatalnya telah hilang setelah meminum air jampi dan memakai cincin yang disangkakan ditinggalkan Tok Misai (A.Galak) untuk kegunaanya.

Namun, tanpa Akil ketahui cincin itu ditinggalkan Tok Misai agar tidak jatuh ke tangan musuhnya iaitu Dukun Anjang Itam (Kazar). Tok Misai telah dibunuh sebelum sempat dia memberikan air penawar kepada Akil dan kebetulan cincin itu dijumpai pula oleh Akil. Bermulalah kehidupan Akil diganggu oleh jin-jin peliharaan Tok Misai.

Akil mula tidak tenteram kerana sering diganggu jin-jin Tok Misai dan dia mula mencari dukun-dukun untuk menghalau mereka di internet tetapi terkejut dengan bayaran mahal yang dikenakan oleh dukun-dukun tersebut. Sehinggalah satu hari Nabil (Suffian BMB), teman serumah Akil telah dirasuk oleh jin tersebut dan mengatakan akan meninggalkan Akil jika Akil berjaya menunaikan permintaan mereka.

Untuk permintaan yang pertama, Akil menunaikan permintaan Jin kecil yang diberi nama Jendul (Ben Ladin). Jendul mahu Akil mendapatkan loceng kecil yang ditanam di rumah seorang kanak-kanak bernama Akmal untuk membolehkan dia kembali ke tempat asalnya. Tanpa Akil ketahui, Jendul berbohong kepadanya kerana loceng itu dapat membuatkan Jendul kembali berdamping dan mengganggu Akmal.

Akil bersedia untuk menunaikan permintaan jin kedua iaitu permintaan Kesuma Dewi atau Bigfoot (Syanie). Bigfoot teringin sangat untuk memasuki pertandingan ratu cantik. Akil terkejut mendengar permintaan Bigfoot kerana mana mungkin dia boleh menyertai pertandingan Ratu cantik untuk manusia. Bigfoot marah kerana permintaanya tidak diterima dan mula merasuk Akil.

Mayang Kasturi (Aishah Azman) pula mahu Akil mendapatkan semula rantai kepunyaannya yang telah dicuri Tok Misai dahulu dan diberikan kepada anaknya iaitu Siti (Aishah Ilias). Tanpa Akil ketahui rantai itu sebenarnya adalah rantai pengikat hubungan antara Mayang Kasturi dan Siti. Siti juga bekerja di bengkel milik Akil kerana mahu mendapatkan semula cincin keramat milik bapanya.

Permintaan terakhir daripada Kimchi (Dazrin Kamaruddin) sedikit sukar untuk ditunaikan Akil. Kimchi mahu Akil menghantarnya pulang semula ke Korea melalui badan Akil. Akil pening kerana untuk ke Korea perlukan banyak belanja sedangkan dia tak cukup duit.

Akil gembira kerana hampir menunaikan kesemua permintaan jin-jin tersebut walaupun sukar dan berharap mereka tidak mengganggunya lagi. Tetapi sebenarnya, jin-jin Tok Misai tidak mahu meninggalkan Akil. Bagi membolehkan mereka terus bersama Akil, jin-jin tersebut membantu Akil untuk mendapatkan gadis idamannya iaitu Cikgu Shila.

Bagaimanakah nasib Akil? Adakah dia akan bebas buat selama-lama atau terus leka dengan pertolongan makhluk halus yang membantunya mencuri hati gadis pujaannya? Saksikan Jangan Ikut Aku, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10.00 malam, di TV3!

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid