Advertisement
Advertisement
Qari Haikal Juara Qari Jr. 2017
July 11, 2017
Maria Tunku Sabri Tolak Tawaran Mak Cun!
July 14, 2017

Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin merupakan drama terbaru taruhan stesen TV3 di Slot Akasia. Drama 28 episod ini mengisahkan tentang Yuhanis (Raysha Rizrose) yang sepatutnya mendirikan rumah tangga bersama Nizam (Azrel Ismail). Akan tetapi, Nizam menangguhkan kepulangannya ke Malaysia kerana dia sudah bernikah dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam ketika menetap di luar negara.

Ahli keluarga Nizam terkejut setelah mendapat tahu bahawa isterinya sedang hamil. Nizam pula terpaksa menerima hakikat bahawa abangnya Mizan (Idris Khan) bakal diijabkabulkan dengan Yuhanis. Kini, bekas tunangannya bakal menjadi kakak iparnya.

Pada masa yang sama, Shila sedang merahsiakan sesuatu. Sebenarnya, dia sudah hamil sebelum berkahwin. Nizam yang lurus bendul sangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam amat mencintai Shila dan dia tidak menyangka dirinya telah menjadi pak sanggup. Selepas pulang ke Malaysia, Shila terancam dengan Yuhanis. Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya.

Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali di dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu bahawa Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabkan dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan.

Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula bergoyah, kebahagiaan dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraikan Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang berniat jahat itu.

Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap, dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini. Mampukah Yuhanis mengharungi segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?

Drama terbitan Primeworks Studios ini menampilkan gandingan pelakon-pelakon popular seperti Idris Khan, Azrel Ismail, Raysha Rizrose, Zera Hariz, Sheila Mambo, Zain Hamid dan ramai lagi.
Jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang menerusi slot Akasia, hanya di TV3.

Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid