Advertisement
Advertisement
Anas Ridzuan Diganggu Jin
July 10, 2017
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin
July 11, 2017

Qari Haikal Juara Qari Jr. 2017

GLENMARIE 08 APRIL 2017. Qari Junior Episod 7 di Glenmarie. NSTP/SHIRAZ ALI

Ahad lalu pentas akhir Qari Jr. 2017 menyaksikan Qari Haikal atau nama sebenarnya Haikal Firdaus Bin Mohd Jaafarudin dinobatkan sebagai juara!

Qari Haikal membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta pingat dan trofi Qari Jr. 2017 sumbangan TV3, pakej umrah untuk 2 orang tajaan Almas Beauty & Health Sdn. Bhd. Walaupun baru berusia 12 tahun, Qari Haikal telah menghafaz kesemua 30 juzuk Al-Quran! Sesuai dengan tagline pilihannya iaitu ‘Al-Quran Sentiasa Bertakhta di Hati’.

Qari Haikal telah mula menghafaz Al-Quran sejak berusia 4 tahun lagi hasil didikan nenek dan datuknya. Malah bacaan beliau di peringkat akhir dibaca mengikut hafalan beliau. Sesungguhnya, ianya satu kelebihan yang sukar disangkal serta membuatkan Haikal layak diangkat sebagai juara.

GLENMARIE 08 APRIL 2017. Qari Junior Episod 7 di Glenmarie. NSTP/SHIRAZ ALI

Di tempat kedua, Qari Harith pula membawa pulang wang tunai RM 5,000 berserta pingat dan trofi Qari Jr. 2017 sumbangan TV3. Beliau juga turut menerima pakej menaiki kapal persiaran untuk dua orang tajaan Almas Beauty & Health Sdn. Bhd.

Tempat ketiga pula disandang oleh Qari Affan yang membawa pulang RM3, 000 berserta pingat dan trofi Qari Jr. 2017 sumbangan TV3. Manakala bagi Qari Eka dan Qari Jiha, mereka masing-masing menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM 1,000 berserta pingat dan trofi Qari Jr. 2017 sumbangan TV3.

Pentas akhir Qari Jr. 2017 dibuka dengan persembahan yang menghiburkan oleh penyanyi terkenal Faizal Tahir dengan lagu yang menjadi siulan ramai iaitu Assalamualaikum.

Peringkat akhir Qari Jr. menyaksikan percaturan lebih mencabar dari minggu-minggu sebelumnya di mana kesemua finalis perlu melalui dua pusingan. Di pusingan pertama, mereka telah diuji dengan bacaan secara Tarannum Mujawwad.

Manakala bagi pusingan kedua pula mereka dikehendaki membaca surah yang diberi dengan bacaan Tarannum Murattal seterusnya menjawab soalan detik tajwid mengenai sifat huruf. Kesemua mereka telah memberikan persaingan sengit.

Bertemakan Syurga dan Neraka, peserta dinilai sepenuhnya oleh juri professional yang diwakili Ustaz Tirmizi Hj. Ali yang juga merupakan Guru Besar bagi Qari Jr. 2017 bersama juri jemputan iaitu Dr. Mohd Loqman Ibrahim.

Setiap bacaan peserta dinilai berdasarkan tajwid (40%), taranum suara (40%), kefahaman tajwid & persembahan (20%). Qari Jr. 2017 turut dijayakan oleh Fakhrul Radhi dan Hazwani Helmi selaku hos bagi musim ini. Kejayaan adik-adik Qari Jr. 2017 ini pastinya tidak lengkap tanpa bantuan Ustaz Malek bin Ahmad yang bertindak sebagai Muallim.

Qari Jr. 2017 ditaja oleh Almas Beauty & Health Sdn. Bhd. dan juga majalah ASUH selaku majalah rasmi. Untuk maklumat lanjut layari laman sosial Facebook (www.facebook.com/QariJuniorTV3), Twitter & Instagram (@qarijuniortv3) serta @TV3Malaysia. #qarijr

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid