Advertisement
Advertisement
Maria Tunku Sabri Tolak Tawaran Mak Cun!
July 14, 2017
Dato’ Fazley Sibuk Dengan Mamanda
July 14, 2017

Alif Tak Kisah Peminat Cipta #Alofa

By : Faris Othman

Personaliti serba boleh, Alif Satar tidak kisah apabila gandingannya bersama artis sensasi Neelofa mengundang keterujaan peminat apabila sudah awal-awal lagi mencipta #alofa dan #lofalif sebagai tanda sokongan terhadap drama terbaru mereka, Red Velvet.

Menurut Alif, promosi tidak langsung sebegitu tidak perlu dipandang negatif kerana ianya adalah hak peminat untuk menyokong perkembangan karier artis kegemaran masing-masing.

“Biasalah peminat, kita mana boleh elak mereka daripada buat semua tu. Lofa ada 4.2 juta pengikut di Instagram, kita boleh ikut sesiapa saja kita mahu. Tak ada maksud apa pun. Dulu ada juga #lofattah, hanya hashtag semata.

“Hanya nama semata. Mereka hanya excited. Itu cara mereka menunjukkan keterujaan masing-masing. Saya tak rasa orang ada mindset untuk memporak-perandakan rumah tangga orang pun. Saya tak percaya orang akan jadi sebegitu.

“Orang hanya ada minat watak dalam drama. Dalam apa yang saya buat, orang hargai karakter saya, bukan personal saya. Dalam Dia Semanis Honey, orang hargai watak saya dalam tu, bukan diri saya di luar. Mereka bercakap tentang produk, bukan saya sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai pandangan isterinya berkenaan hal itu, Alif hanya ketawa besar sambil mengatakan isterinya itu nyata turut gembira dan menyokong penuh gandingan buat pertama kali itu.

“Isteri saya ok. Dia seorang yang sangat positif, dan ceria. Setiap minggu nak pergi Naelofar Butik sebab dia suka benda yang cantik. Ini semua rezeki dan saya gembira,” ujarnya lagi.
Malahan, dia sudah berjumpa dengan jutawan muda itu untuk sesi awal perbincangan watak dan mencipta keserasian dalam drama arahan Michael Ang berkenaan.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid