Advertisement
Advertisement
Alif Tak Kisah Peminat Cipta #Alofa
July 14, 2017
Hafreez Adam Nafi Jalin Hubungan Cinta Dengan Adik Anzalna
July 18, 2017

Dato’ Fazley Sibuk Dengan Mamanda

Selepas menggalas peranan sebagai rakan kongsi bisnes merangkap Cef Eksekutif Kumpulan bersama Mamanda Restaurant di Singapura baru-baru ini, penyanyi serta Chef Selebriti, Dato’ Fazley Yaakob, 39, secara rasmi mengumumkan pembukaan cawangan kedua restoran itu di Kuala Lumpur pada awal Ogos hadapan.

Berlokasi di 10, Jalan 1/70D & Off Jalan Bukit Kiara, Jalan Bukit Kiara, 60000 di sini, Mamanda merupakan sebuah restoran berkonsep fine dining yang mengenengahkan masakan warisan Melayu tradisional dinaik taraf bertujuan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat termasuk penggemar masakan Barat.

Mengimbas kembali, pertalian bekas juara MasterChef Selebriti Malaysia dan Mamanda bukan sesuatu yang baru. Sebaliknya, hubungan dua hala itu bermula sejak beberapa tahun lalu saat beliau memilih restoran tersebut sebagai lokasi majlis beramah mesra sempena lagu Chocolate Cake bersama peminat sekitar tahun 2013.

“Kalau dulu saya berkolaborasi dengan Mamanda sebagai cef jemputan, kali ini saya merupakan salah seorang pemilik bersama. Selepas dilantik sebagai Cef Eksekutif Kumpulan, saya tampilkan menu sulung – Dulang Minang Seafood di mana variasi seafood yang dimasak, akan dituang bersama kuah lemak cili api di atas sebuah dulang,” kata Fazley pada majlis pengumuman penglibatan beliau sebagai rakan bisnes Mamanda di Singapura pada 18 Jun lalu.

Tiada lain, Fazley meletakkan ekspektasi tinggi agar Mamanda Malaysia dapat diterima ramai kerana berpandukan visi utama; memartabatkan makanan Melayu tradisional dalam konsep fine dining.
“Saya hendak memperkenalkan masakan Melayu ke arena antarabangsa kerana Mamanda merupakan satu jenama yang sentiasa menaiktaraf dan mementingkan ketrampilan masakan Melayu di mata dunia. Dan kini, apabila bersama Mamanda semula, saya ingin mengenengahkan konteks masakan Melayu boleh diterima tanpa mengira penggemar makanan itu berasal dari mana sekalipun.”

“Kita sedia maklum bahawa masakan Melayu dimakan di kampung-kampung sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Jadi, konsep makanan Melayu ini dikembalikan semula untuk diberi satu kualiti, penampilan, dan bentuk yang berbeza supaya dapat merealisasikan impian ramai penggemar masakan lama bahawa masakan Melayu tidak akan hilang di mata dunia,” ulas Fazley.

Dalam perkembangan lain, Fazley baru sahaja melancarkan buku resepi beliau yang berjudul My Sucre Story dan single terbaharu berjudul ‘Ketiadaan’.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid