Advertisement
Advertisement
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin
July 11, 2017
Alif Tak Kisah Peminat Cipta #Alofa
July 14, 2017

Maria Tunku Sabri Tolak Tawaran Mak Cun!

By : Faris Othman

Nama Maria Tunku Sabri yang cukup sinonimn dengan rancangan travelog makanan Jalan Jalan Cari Makan pernah mencuba nasib dalam dunia lakonan. Bagaimanapun, untuk seorang personaliti yang tak betah berdiam tanpa berbuat apa-apa terlalu lama, bidang itu dianggap bukan untuknya.

Kali terakhir dia ke set penggambaran ialah untuk filem Adik Manja Returns arahan Dharma pada 5 tahun lalu, namun dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berlakon kerana sudah serik dengan proses menunggu sebelum babaknya dirakam.

“Filem sekali tu cukuplah. Saya dah serik. Penat menunggu daripada bekerja. Sebulan shoot, setiap hari saya kena tunggu giliran saya sehingga 5, 6 jam. Saya rasa penat, cukuplah pengalaman hanya sekali tu.

“Sebelum ni ada juga berlakon drama, ada juga proses menunggu tapi agak kurang berbanding filem. Apa yang saya tahu, saya tak boleh duduk diam tanpa berbuat apa dalam masa lama. Saya jadi tak bermaya. Saya kena bekerja, bercakap atau melakukan apa sahaja untuk kembali normal,” katanya.

Bagaimanapun, minatnya dalam lakonan masih berbaki, cuma proses penggambarannya sebelum ini membuatkan dia berfikir dua kali untuk menerima tawaran lakonan di masa depan.

“Minat tu minat, tapi bab kena menunggu lama saya tak gemar. Daripada menunggu tak berbuat apa, lebih baik saya gunakan masa untuk sesuatu yang lebih bermanfaat. Kalau saya sampai terus babak saya, tak mengapalah, tapi hakikatnya tidak.

“Tapi tak boleh merungutkan, sebab saya pun baru tahap amatur. Jadi kenalah tunggu. Pernah juga bersembang hampir separuh hari dengan Zul Ariffin, masih tak ada scene lagi masa tu,” katanya yang turut menolak tawaran membintangi drama Mak Cun kerana sebab yang sama.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid