Advertisement
Advertisement
Dato’ Fazley Sibuk Dengan Mamanda
July 14, 2017
Tiz Zaqyah Tapis Drama Adaptasi Novel
July 18, 2017

Hafreez Adam Nafi Jalin Hubungan Cinta Dengan Adik Anzalna

By Nani Ramlee

Pelakon Hafreez Adam menepis dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan cinta dengan pelakon baru, Afifah Nasir yang juga merupakan adik kepada pelakon Anzalna Nasir. Menurut Hafreez, mereka berdua hanya berkawan rapat selepas berlakon bersama dalam drama Pengantinku Jatuh Dari Langit (PJDR) pada November lepas.

“Saya dengan dia memang tidak ada apa-apa hubungan. Saya dengan dia berkawan baik dan hubungan kami tidak lebih daripada seorang kawan,” jelas Hafreez sewaktu ditemui pada majlis pra-tonton drama mini Chor & Chah di SME Corp Malaysia, Platinum Sentral baru-baru ini.

Pelakon Shhh! I Love You ini ketika ditemui juga turut memberitahu dia dan Afifah turut sama terlibat dalam penggambaran drama mini Chor & Chah bagi musim kedua.

“Orang mungkin kerap nampak kami berdua sebab kami memang selalu bekerja dan berlakon bersama. Sewaktu shoot PJDR, lima bulan kami bersama-sama di set. Kadang-kadang, kami juga akan keluar dan lepak bersama.

Jujur saya cakap, saya memang selesa bekerja dengannya. Dia senang bagi kerjasama dan sikap profesional yang ada pada diri Afifah membuatkan dia berbeza dengan pelakon wanita yang saya pernah bekerja sebelum ini,” tutur Hafreez sambil mengakui sudah berpunya.

“Kami berdua masing-masing sudah berpunya. Dia dah ada teman lelaki dan saya pun kenal serta berkawan dengan teman lelakinya itu. Malah, Afifah sendiri pun kenal dengan teman wanita saya,” ulas jejaka berusia 27 tahun itu sambil diusik bila mahu menamatkan zaman bujang.

“Perancangan sudah ada dan kalau boleh tak nak lambat-lambatkan perkara yang baik. Tapi, bagi saya, lebih baik jika saya stabilkan karier dulu sebab nak jaga anak orang, kita kena fikir jauh,” katanya sambil berharap perhubungan yang dibina dipermudahkan.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid