Advertisement
Advertisement
Tiz Zaqyah Tapis Drama Adaptasi Novel
July 18, 2017
Usop Mahu Berlakon Jadi Hero
July 19, 2017

Datuk Rosyam Nor Buka Pasaraya Borong Moden

By : Nani Ramlee

Aktor serta penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor terus melebarkan sayap perniagaannya apabila bakal membuka sebuah pasaraya borong, ST Rosyam Mart. Pasaraya borong bersaiz 13 lot yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu bakal beroperasi pada pertengahan Ogos depan.

“Saya suka mencabangkan perniagaan saya. Kini, saya dalam percubaan ke arah industri baru dan InsyaAllah, ST Rosyam Mart akan mula beroperasi pada pertengahan Ogos ini,” kongsi Datuk Rosyam sewaktu ditemui pada majlis Riang Ria Aidilfitri SME Corp. Malaysia 2017 di Platinum Sentral baru-baru ini.

ST Rosyam Mart merupakan perniagaan berasaskan bidang peruncitan dan pemborongan hasil usahasama Datuk Rosyam dengan syarikat Sri Ternak yang mempunyai pengalaman 38 tahun dalam bidang pemborongan.

“Pada mulanya saya membekalkan produk tanaman Nangka Madu dan Durian Belanda saya ke pusat borong mereka. Mereka mempunyai 38 tahun pengalaman dan saya pula ada 35 tahun pengalaman dalam industri.

Jadi dari situ, timbul idea untuk kami bergabung di mana saya lebih kepada bahagian pemasaran dan promosi,” ujarnya yang mahu membawa konsep pasaraya borong moden untuk ST Rosyam Mart.

“Saya akan menjalankan sistem top up di mana pengguna tidak perlu membawa wang tunai untuk membeli di ST Rosyam Mart. Saya juga dalam perancangan untuk menggunakan kaedah tempahan menerusi atas talian serta perkhidmatan penghantaran bagi memudahkan, menjimatkan masa serta memberi keselesaan kepada pengguna,” tambahnya lagi.

“ST Rosyam Mart menawarkan lebih 10,000 bahan keperluan harian basah dan kering kepada pengguna dengan harga borong. Ini merupakan lokasi pertama dan InsyaAllah, saya masih mencari dua atau tiga tempat lagi untuk mengembangkan perniagaan ini,” tuturnya optimis.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid