Advertisement
Advertisement
Usop Mahu Berlakon Jadi Hero
July 19, 2017
Drama Chor & Chah Sebar Informasi Keusahawanan
July 20, 2017

Sharnaaz Ahmad Lebih Cool Selepas Berkahwin

By : Nani Ramlee

Sebut sahaja nama Sharnaaz Ahmad, pasti perkara pertama yang terlintas di kalangan peminat seni tanah air ialah sikap panas baran yang ada pada diri jejaka berasal dari Pulau Pinang itu.
Namun, pelakon filem Juvana ini mengakui sikap panas baran itu semakin berkurangan selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Noor Nabila pada 31 Mac lalu.

“Selepas berumahtangga, saya lebih banyak cool. Kalau dulu, hampir semua perkara saya nak mengamuk. Tapi bila dah kahwin, hal-hal kecil saya akan biarkan saja,” ujar Sharnaaz sewaktu ditemui selepas sesi fotografi drama Mr. Hijab di Sri Pentas 3 baru-baru ini.

“Lagipun bila dah berumahtangga, ia melibatkan kedua-dua belah keluarga. Kalau dulu saya kena maki, saya kena seorang saja, jadi tak ada masalah. Tapi sekarang kalau kena maki, ibu bapa, isteri, keluarga isteri pun kena juga. Jadi sebab itu saya lebih relaks kerana tak nak perbesarkan cerita.”

Sebelum ini, pelakon drama Awak Sangat Nakal ini juga cukup terkenal dengan kelantangannya bersuara di media sosial. Sharnaaz pernah ‘berperang’ dengan Azwan Ali dan terbaru menggunakan platform media sosial untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap Fattah Amin.

“Sekarang ini, di media sosial pun saya dah kurang. Saya setakat tengok macam tu sahaja dan dah tak ada masa nak macam dulu lagi. Cukuplah masa zaman bujang dulu. Sekarang ini, saya banyak habiskan masa bermain golf dan pergi gym,” tuturnya sambil berkongsi mengenai pengalaman pertama beraya sebagai suami.

“Raya tahun ini berbeza sebab dah ada isteri. Alhamdulillah, satu pengalaman baru dan menyeronokkan. Kalau dulu, raya akan rasa penuh bila zaman kanak-kanak, kemudian bila dah meningkat dewasa dah tak berapa rasa sangat keseronokan raya tu. Tapi sekarang, baru rasa balik,” ujarnya yang menyambut hari raya pertama di Pulau Pinang.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid