Advertisement
Advertisement
Datuk Fazley Kini Duta Pelancongan Halal, Taiwan
July 24, 2017
Gary 葉俊岑《好吃‧好心情》
July 24, 2017

Aiman Tino Dinasihat Pakai Pendinding?

By : Nani Ramlee

Penyanyi Aiman Tino akui sering mengalami masalah sakit tekak sejak kebelakangan ini. Menurut penyanyi berusia 19 tahun itu, masalah yang dihadapi mungkin disebabkan faktor jadual kerjanya yang terlalu padat sehingga tidak mendapat rehat yang mencukupi.

“Sejak kebelakangan ini saya sering sakit tekak. Saya pelik dengan suara saya sekarang, kadang-kadang okay, kadang-kadang tak okay. Saya dah menjalani pemeriksaan doktor dan doktor menasihatkan saya untuk berehat selama dua minggu,” ujarnya sewaktu ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Uitm Holdings baru-baru ini.

Ditanya kenapa dia tidak mengikut nasihat doktor untuk berehat dan adakah kerana terlalu tamak menerima tawaran persembahan membuatkannya menolak ketepi soal kesihatan, ini jawapan Aiman.

“Bukan tamak, tapi ini permintaan orang. Lagipun, macam mana saya nak berehat? Saya terikat dengan undangan persembahan nyanyian hampir setiap hari. Memang ia sangat berisiko, tapi nyanyian adalah sumber rezeki utama saya,” katanya sambil mengakui akan bosan jika berehat terlalu lama.

Ditebak mengenai tidakkah dia risau jika sakit yang dialaminya itu ada kena-mengena dengan buatan orang yang mungkin dengki dengan kejayaannya sekarang, pelantun lagu Permata Cinta ini berharap agar peminat dapat mendoakan kesihatannya.

 

Aiman bakal menjalani penggambaran muzik video di Indonesia

“Wallahualam, tapi ramai orang-orang tua bagi nasihat suruh ada pendinding. Kita tak tahu perangai orang. Namun, saya rasa mungkin sebab banyak lendir kot. Apapun, sekarang saya tengah mencari di mana tempat yang saya boleh mendapatkan rawatan lendir,” tuturnya yang kini sibuk mempromosikan lagu Ku Hanya Sayang Padamu.

“Sekarang ini saya fokus untuk promosi single terbaru saya. Ku Hanya Sayang Padamu merupakan satu genre yang berbeza kerana sebelum ini saya lebih dikenali dengan lagu jiwang. Ada juga peminat yang komen lagu ini tak kena dengan saya. Namun, Alhamdulillah ramai juga yang boleh terima. Saya juga dalam perancangan nak buat muzik video lagu tersebut di Indonesia tidak lama lagi.”

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid