Advertisement
Advertisement
Yuna Dalam Vogue Arabia
July 26, 2017
‘Miss Kapten Cikgu Waiz’ Drama Terbaru di Slot Lestary
July 26, 2017

Fasha Sandha Anggap Haters Keliru

By : Faris Othman

Pendekatannya yang terbuka berkongsi kisah hidup di laman sosial Instagram tidak hanya disenangi peminat Fasha Sandha, malah turut mengundang perhatian haters atau pembenci untuk menyerang dengan kecaman bertalu-talu.

Aktres yang mula dikenali dengan drama Natasha ini tidak pernah merasa terpukul dengan komen-komen sebegitu kerana baginya laman sosial adalah ruang baginya meluah rasa.

“Itu Instagram saya, jadi terpulang kepada saya untuk menulis apa sahaja yang saya rasa dan kalau ada tidak boleh terima boleh unfollow! Pada saya ia tidak menjadi kesalahan untuk meluahkan perasaan kita di laman sosial dan bukannya hanya menunjukkan perkara yang baik sahaja kerana saya juga manusia biasa.

Menurutnya lagi, dia memilih untuk tidak membaca komen negatif yang ditinggalkan kerana beranggapan golongan sebegini sebenarnya adalah peminat yang keliru.

“Saya tak baca komen negatif tapi kalau ada orang maklumkan mengenai komen keterlaluan mereka, barulah saya akan halang mereka daripada mengikuti saya.

“Ingat lagi dengan Facebook page, We Hate Fasha Sandha? Mana sekarang? Pada saya haters yang banyak masa menulis pasal kita sebenarnya adalah peminat, tetapi mereka keliru,” luahnya.

Fasha sebelum ini menggemparkan alam maya apabila memuat naik pos yang menyatakan dia dihalau dari sebuah pertunjukan fesyen oleh Nora Danish. Namun, pihak penganjur kemudiannya meminta maaf kerana berlaku salah faham yang mengundang perkara itu.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid