Advertisement
Advertisement
Luqman Hafidz Mahu Jual Pakaian Sukan
July 25, 2017
Fasha Sandha Anggap Haters Keliru
July 26, 2017

Yuna Dalam Vogue Arabia

By : Faris Othman

Jika sebelum ini Elfira Loy diiktiraf selebriti bercitarasa fesyen tinggi oleh laman web Vogue.com, terbaru, penyanyi Yuna tampil dalam ruangan fesyen majalah terkenal itu bagi edisi Arab keluaran Julai/Ogos 2017.

Penyanyi Crush ini anggun dalam persalinan serba kelabu ilham Hatta Dolmat dengan hijab sedondon yang diberi efek ditiup angin. Gambar yang turut dikongsi di Instagramnya, kini meraih lebih 20 ribu likes setakat artikel ini ditulis.

Dalam pos yang diedit kerana ramai yang salah sangka dia tampil di muka depan majalah itu, Yuna menerangkan dia hanya menjadi penghias muka depan bagi seksyen fesyen majalah itu manakala muka depannya menampilkan model Jourdan Dunn.

“Saya sangat teruja. Saya dalam isu Julai/Ogos Vogue Arabia dengan Jourdan Dunn sebagai muka depan dan saya sendiri di dalam. Mari kita buat cover sebenar di masa depan,” katanya dalam kapsyen Instagram berkenaan dalam nada bergurau.

Gambar Yuna mengenakan persalinan Hatta Dolmat sudah dimuatnaik sejak April lalu namun tidak dinyatakan sebab sebenar penggambaran dilakukan. Pos pada April lalu memberi penghargaan kepada jurugambar terbabit yang bernama Aja Hitomi.

Yuna sebelum ini turut menjadi buah mulut apabila berpeluang bertemu dengan penerbit album mendiang Michael Jackson, Quincy Jones di Los Angeles, baru-baru ini.

Jones meluahkan rasa gembiranya dapat bertemu Yuna dalam status Facebooknya, “Separuh abad saya habiskan kerjaya dalam bidang muzik dengan pelbagai pengalaman termasuk memberi penghormatan kepada guru ketika melakukan sesuatu yang boleh memberi inspirasi.”

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid