Advertisement
Advertisement
Dato’ Siti Hamil?
July 26, 2017
Sharnaaz Ahmad Kena Pakai Tudung
July 27, 2017

Siti Sarah Cari Profesional Urus Kerjaya

By : Nani Ramlee

Selepas sedekad tidak muncul dengan single terbaru, penyanyi Siti Sarah Raisuddin atau Siti Sarah berkongsi bakal melancarkan single terbaru tidak lama lagi. Kali terakhir penyanyi berusia 33 tahun ini muncul dengan single solo adalah pada tahun 2007 menerusi lagu Pasti Berbeza.

“InsyaAllah, saya akan keluar dengan single terbaru tidak lama lagi. Saya dah rakam lagu genre balada ciptaan Aidit Alfian sebelum puasa lalu. Lagu ini saya berduet dengan Tam Spider dan ini merupakan kali pertama kami bekerjasama,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Uitm Holdings baru-baru ini.

“Walau bagaimanapun, saya masih keliru nak keluar mana dulu sebab kalau boleh, saya nak cari lagu solo dulu. Jadi, saya nak ambil masa dulu untuk mencari material baru. InsyaAllah, perancangan nak lancar lagu itu secepat mungkin.

Lagipun, dah lama saya tak keluar dengan single. Kalau ikutkan secara serius, dah 10 tahun saya tak rakam single,” ujar Sarah sambil ditanya mengenai faktor yang membuatkannya mengambil masa yang lama untuk muncul dengan single terbaru.

“Cerewet pun ya juga. Namun, pada masa sama, saya belum jumpa pengurusan yang betul untuk menjaga saya. Sekarang saya sedar, untuk melangkah ke hadapan kena ada team. Saya pun ada buat bisnes, jadi saya juga ada team sendiri.

Saya tak boleh nak buat semua benda sendiri. Saya kena cari mereka yang berkebolehan dan berpengalaman untuk menguruskan beberapa perkara. Bila saya buat sendiri, berkemungkinan saya akan buat apa yang saya suka, bukan apa yang orang suka,” tuturnya yang mengakui sedar mengenai perkara tersebut selepas tamat program Gegar Vaganza tahun lalu.

“Sekarang ni saya kembali kepada mereka yang profesional. Kalau kita tengok, artis berjaya bukan kerana diri dia sendiri, tapi orang di keliling dia juga. Saya baru sahaja sign kontrak dengan syarikat Indigital untuk menguruskan jadual persembahan saya.

Alhamdulillah, sekarang ini saya rasa kerjaya seni saya lebih teratur dan lebih baik daripada sebelum ini. Saya tak perlu fikir tentang perkara yang remeh dan perjalanan seni saya kini lebih mudah,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Kesetiaan ini berkongsi rasa teruja apabila bakal melancarkan produk serum muka, Beaute tidak lama lagi.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid