Advertisement
Advertisement
Fadlan Hazim Tidak Tercabar
August 2, 2017
Kerana Kontroversi, Kontrak Afifah Nasir Dihentikan?
August 2, 2017

Datuk Fazley Lebar Sayap ke Taiwan

By : Mizz Ayu

Duta Pelancongan Halal Taiwan, Datuk Fazley Yaakob, 39, memberitahu dia mempunyai perancangan untuk membuka sebuah restoran di Taiwan. Perkara ini didedahkan oleh beliau ketika berada di Taipei, Taiwan baru-baru ini. Jelas Fazley, idea untuk melebarkan sayap perniagaannya di Taiwan timbul setelah mendapati industri halal di Taiwan punya pasaran.

“Idea untuk membuka restoran Halal di Taiwan memang sudah bermain di fikiran saya. Lebih-lebih lagi selepas saya dilantik secara rasmi sebagai Duta Pelancongan Halal ke Taiwan oleh Biro Pelancongan Taiwan. Jika ada pihak yang mahu menjadi rakan kongsi untuk saya membuka cawangan SukaSucre Bistro atau Mamanda Restaurant di sini (Taipei), mengapa tidak?,” ” ujar Juara MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama ini.

Dalam masa yang sama, Fazley juga memaklumkan yang beliau juga ada berbincang dengan dengan beberapa Chef di Taiwan bagi memperkenalkan masakan Malaysia di dapur kelolaan mereka.

“Saya pun sudah berjumpa dengan beberapa Chef di sini dan ada di antara mereka menunjukkan minat. Namun, semuanya masih dalam peringkat perbincangan. InsyaAllah, jika semuanya berjalan lancar, kerjasama ini akan menjadi kenyataan,” ujar Fazley.

Sementara itu, Fazley turut berkongsi beliau juga punya perancangan untuk melebarkan sayap seninya di Taiwan dengan merakamkan lagu-lagu berbahasa Mandarin.

Datuk Fazley bersama pihak media yang mengikuti trip 5 hari 4 malam ke Taiwan sempena pelantikannya sebagi Duta Pelancongan Halal ke Taiwan baru-baru ini.

“Saya akan buat sebuah mini album yang memuatkan enam buah lagu berbahasa Mandarin. Salah satu lagu berjudul ‘Ketiadaan’ yang merupakan single terbaru saya. Lagu ini akan dialih bahasa ke Bahasa Mandarin. Kini saya sedang mencari seorang komposer lagu berbahasa Mandarin dari Malaysia untuk mencipta lima buah lagu yang lain. Saya tahu, ada beberapa komposer Malaysia yang lagu-lagu mereka turut dimainkan di Taiwan,” ujar Fazley yang kini sedang mempelajari kosa kata bahasa Mandarin sebagai persiapan untuk merakamkan album terbabit.

Tambah Fazley lagi, atas pelawaan dan sokongan Biro Pelancongan Taiwan, album Mandarin berkenaan juga akan dilancarkan di Taiwan apabila sudah siap nanti.

“Atas pelawaan dan sokongan Biro Pelancongan Taiwan, saya juga akan melancarkan album Mandarin itu nanti di Taiwan. Begitu juga dengan penggambaran muzik video. Ini adalah salah satu cara untuk menggalakkan pelancongan ke Taiwan di kalangan rakyat Malaysia,” kongsi Fazley teruja.

Dalam perkembangan lain, Fazley baru sahaja melancarkan buku resepi berjudul My Sucre Story yang menghimpunkan resipi masakan asli Negeri Sembilan, manisan serta pastri klasik Perancis dan sajian kuliner khas fusion Asia.

Penampilan Datuk Fazley di pentas utama 2017 Taiwan Culinary Exhibition pada 23 Julai lalu.

Kredit Foto: Shahrul Izzat Abdullah, SukaSucre Creatives

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid