Advertisement
Advertisement
Izzue Islam Jual Kanta Lekap di Shopee
August 2, 2017
Datuk Fazley Lebar Sayap ke Taiwan
August 2, 2017

Fadlan Hazim Tidak Tercabar

By : Nani Ramlee

Pelakon Fadlan Hazim berkongsi rasa teruja apabila bakal muncul kembali untuk drama bersiri TV3 bertajuk Cinta Hati Batu. Menurut jejaka berusia 25 tahun itu, kali terakhir dia berlakon untuk stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad adalah menerusi drama Kahwin Muda pada tahun lepas.

“Setelah sekian lama tidak mendapat tawaran drama untuk Media Prima Berhad, akhirnya tahun ini saya kembali untuk drama di TV3. Saya akan berlakon dalam drama 20 episod bertajuk Cinta Hati Batu,” ujar Fadlan sewaktu ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Uitm Holdings di Shah Alam.

“Dalam drama ini, saya akan bergandingan dengan Ashraf Muslim dan juga Aishah Azman. Saya akan mainkan watak sebagai hero kedua yang suka mengacau cinta teraju utama. Perwatakan saya adalah sebagai bekas tunang yang psiko, yang datang balik untuk merampas cinta hati dia,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran drama tersebut.

Mengulas tentang peluang berlakon dengan stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad, pelakon drama Papa Ricky ini memberitahu tidak dinafikan apabila semakin ramai bakat-bakat baru muncul, dia seakan harus menunggu giliran untuk mendapat tawaran berlakon.

“Tidak dinafikan, pelakon baru dan pelakon yang sudah sedia ada semakin ramai, jadi saya terpaksa menunggu giliran. Saya anggap ia sebagai persaingan yang sihat. Pelakon baru pun menampilkan bakat yang tersendiri dan ada kelebihan masinng-masing,” tuturnya sambil memberitahu tidak rasa tercabar dengan kehadiran ramai pelakon baru.

“Saya tak rasa tercabar. Bagi saya, untuk bersaing secara sihat kita perlu berubah. Saya sendiri pun tak selesa dengan bakat lakonan sekarang. Perkara ini juga mendorong saya untuk memperbaiki serta mempertingkatkan lagi mutu lakonan saya,” ulasnya mengakhiri perbualan.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid