Advertisement
Advertisement
Kerana Kontroversi, Kontrak Afifah Nasir Dihentikan?
August 2, 2017
Erwin Dawson Tidak Mengharapkan Populariti
August 3, 2017

Dubai My Love Cabar Kredibiliti Putri Najuwa

By : Nani Ramlee

Pemilik nama Tengku Putri Najuwa atau nama komersilnya Putri Najuwa berkongsi pengalaman membintangi filem terbarunya bertajuk Dubai My Love.

Menurut pelakon berusia 32 tahun ini, filem terbitan Tsar Asia Sdn. Bhd ini sangat mencabar dirinya sebagai pelakon terutamanya apabila perlu berhadapan dengan cabaran cuaca sejuk.

“Dalam filem ini, saya memegang watak sebagai Mariam, seorang gadis kaya yang berdikari dan menetap di Dubai. Cabaran berlakon filem ini lebih kepada menahan sejuk. Saya pernah ke Dubai dan biasanya cuaca di sana panas dan sama dengan suhu di Malaysia.

Namun, kali ini cuacanya sejuk sangat macam berada di London. Suhunya sejuk sampai ke tulang rasanya. Saya pula hanya bawa baju biasa saja, jadi memang tak tahan sejuk. Apapun, memang silap saya juga sebab tak check dulu keadaan suhu di sana,” katanya yang mengakui sukar berlakon dalam keadaan sejuk.

Puteri Najuwa bersama Erwin Dawson dan Hanna Aqeela ketika menjalani penggambaran di Dubai.

“Jika tengok filem ini, anda akan perasan mulut pelakon bergetar. Kami memang menggigil bila berdialog. Di lokasi, kalau ada tuala di mana-mana, kami akan ambil. Malah, habis saja shooting, kami akan terus masuk dalam bas dan tak jalan ke mana-mana.Kami juga ada menjalani penggambaran di padang pasir. Bayangkan bila di padang pasir tak ada pokok, dengan anginnya lagi, memang mencabar sangat,” kongsinya yang berada di Dubai selama dua minggu.

Putri Najuwa ditemui sewaktu majlis pelancaran trailer serta lagu tema filem tersebut berjudul Young Hearts versi Bahasa Melayu nyanyian Nik Qistina. Selain Putri Najuwa, filem arahan Aidilfitri Mohamed Yunos ini turut dibintangi oleh Erwin Dawson dan Hanna Aqeela. Dubai My Love dijangka berada di pawagam pada Oktober depan.

Dalam perkembangan lain, Najuwa juga bakal muncul dengan sebuah telefilem untuk MIG bertajuk Suami Aku Jurumekap serta drama untuk Hypp Tv, Sedingin Cinta Antasia dan Ana Cleo Patrina.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid