Advertisement
Advertisement
Betty Banafe Belanja Ribuan Ringgit Untuk Kurus
August 4, 2017
Clever Girl 2017: Alia Cedera
August 4, 2017

“Keluar Bersama Hanya Alasan Cari Keserasian” – Ahmad Idham

By : Nani Ramlee

Tidak dinafikan keserasian antara pelakon amat penting terutamanya bagi watak pasangan bercinta agar perasaan canggung atau kaku itu tidak wujud apabila berlakon bersama.

Pelakon, pengarah serta penerbit, Ahmad Idham Nadzri juga turut mengakui perkara tersebut dan berkata keserasian perlu ada pada setiap pelakon bagi menjayakan sesuatu watak. Walau bagaimanapun, pengarah filem Mael Lambong ini memberitahu keserasian itu haruslah wujud atas dasar profesionalisme.

“Keserasian memang perlu, tapi dengan sikap profesionalisme,” tuturnya sewaktu ditemui pada majlis pra-tonton filem terbarunya Pencuri Hati Mr. Cinderella baru-baru ini.

Ditanya adakah seseorang pelakon itu perlu keluar bersama dengan gandingannya hanya semata-mata mahu mencipta keserasian antara mereka, ini jawapan Pengarah Terbaik (Telefilem) Anugerah Skrin 2003.

Ahmad Idham bersama gandingan terbarunya Atikah Suhaime.

“Kalau tanya sayalah, there’s no such thing about that. Keserasian dicipta bukan dengan cara mengambil kesempatan. Ia boleh dilakukan dengan lebih profesional seperti pembacaan skrip dan selalu datang latihan. Saya rasa lebih baik begitu,” ujarnya sambil ditanya bagaimana dia membina keserasian dengan pasangannya, pelakon Atikah Suhaime untuk filem Pencuri Hati Mr. Cinderella.

“Saya dengan Atikah hanya pernah jumpa dua kali sahaja sebelum penggambaran. Kami banyak melakukan latihan bersama ketika di set. Sebab itulah pelakon kena datang awal di set. Masalah artis sekarang ini, call time jam 8, tapi datang jam 10.

Jadi, mereka tidak ada masa nak berlatih. Jika kita datang sejam atau dua jam awal ke set, pasti kita boleh berlatih. Bagi saya, keluar dating bersama untuk mencipta keserasian hanyalah satu alasan,” katanya mengakhiri perbualan.

Foto : Shareza Shafie

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid