Advertisement
Advertisement
Syamsul Yusof Perli Redza Minhat?
August 3, 2017
Betty Banafe Belanja Ribuan Ringgit Untuk Kurus
August 4, 2017

Ummi Nazeera Nikah 10 Hari Lebih Awal

By : Mizz Ayu

Bintang Nahu Rindu, Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainulabadin atau Ummi Nazeera, 27, telah selamat diijabkabul dengan lelaki pilihan keluarganya, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani, 30, dalam sebuah majlis tertutup pada 23 Julai lalu.

Majlis pernikahan itu diadakan lebih awal dari tarikh asal pernikahan itu yang sepatutnya berlangsung pada Khamis 3 Ogos 2017. Menurut Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Dato’ Zainulabadin, dia mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis itu bagi menghormati permintaan keluarga.

“Saya mengaku sudah bergelar isteri kepada Izzar sejak 23 Julai lalu kerana menuruti keputusan keluarga agar pernikahan ini diadakan lebih awal dari tarikh yang dirancang,” ujar Ummi yang menyarung persalinan rekaan Innaired pada majlis pernikahannya itu.

Ummi sah bergelar isteri Izzar yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz pada jam 10.45 pagi, 23 Julai lalu di kediaman adik kepada bapa Ummi, Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Hanya 20 tetamu diundang pada majlis pernikahan mereka. Turut hadir menyaksikan akad nikah itu ialah bonda Sultan Terengganu, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Fatimah Syed Abdullah Al-Saggof, isteri Aziz, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Rahimah Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah, ibu serta abang Ummi, Dato’ Sri Maziah Musa dan Dato’ Ahmad Nazreem Azrul Hidayat, serta ibu bapa Izzar, Abdul Khani Daud dan Datin Sri Nurah Abdul Rahman.

Pada majlis akad nikah itu, Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. manakala jumlah mas kahwin dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Bercakap mengenai perubahan dirinya selepas bergelar isteri, Ummi memberitahu, dia kini berasa lebih gembira dan tenang selepas memasuki 11 hari mendirikan rumah tangga.

“Saya kena lebih berhati-hati dalam setiap perkara kerana sekarang hidup berdua bersama suami. Kalau hendak merajuk atau marah, kena berfikir banyak kali disebabkan takut rasa berdosa dengan suami.

“Cuma agak sedih apabila kami terpaksa berpisah selepas setengah hari bernikah kerana Izzar masih lagi bertugas di Sarawak. Yang pasti, saya perasan bahawa suami menjadi lebih romantik selepas berkahwin,” jelas Ummi yang bakal meneruskan karier seni seperti biasa selepas ini.

Kedua mempelai itu merancang untuk berbulan madu ke Sabah dan Switzerland tidak lama lagi.

Resepsi persandingan pasangan itu akan diadakan di Hotel Shangri-La pada Sabtu ini dan diikuti di Dewan Bankuet Menara Felda, Persiaran KLCC di sini 12 Ogos ini.

Ummi dan Izzar mengikat tali pertunangan pada 12 November tahun lalu selepas usia perkenalan mereka menginjak ke tiga bulan.

Dalam perkembangan lain, Ummi bakal muncul dengan filem televisyen terbaharunya, Bisik Pada Langit arahan Kabir Bhatia tidak lama lagi, selain melancarkan produk kosmetik, Nazeera Village (NZRA) baru-baru ini.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid