Advertisement
Advertisement
Kontroversi Berbogel, Atikah Suhaime Tiada Tawaran Berlakon
August 7, 2017
Afifah Nasir Tahu Aliff Aziz Menyukainya
August 7, 2017

Afifah Nasir Dakwa Dipergunakan Pihak Produksi

By: Faris Othman

Pelakon Afifah Nasir meminta maaf kepada isteri Aliff Aziz, Bella Astillah kerana membenarkan Aliff memegang tangannya seperti yang dilihat dalam video kamera litar tertutup (CCTV) di pusat karaoke di Cheras, Julai lalu.

“Saya mengakui kesilapan saya membenarkan Aliff memegang tangan saya, dengan itu saya ingin minta maaf. Saya tidak mahu isu ini dipanjangkan kerana saya masih ada baki penggambaran yang perlu dilengkapkan dengan pihak sana.

“Saya tak nak bergaduh lagi. Saya nak menjernihkan keadaan. Sebab dia dah keluarkan segala kenyataan di pihaknya, kini tiba giliran saya berbuat benda sama. Saya rasa saya ada hak juga untuk ceritakan hal sebenar, tapi tak bermakna saya nak hangatkan balik isu ni.

“Saya nak orang tahu situasi sebenar, saya tak nak salahkan sesiapa, saya juga telah minta maaf atas kesilapan saya. Saya menggunakan khidmat peguam jadi saya tidak takut pihak pihak sana mengatakan dia ada bukti-bukti yang akan dikeluarkan,” menurut Afifah.

Sebelum sidang media dimulakan, rakan media diperdengarkan dengan audio rakaman perbualan telefon antara kakak Afifah, Anzalna dengan seorang krew produksi. Perbualan tersebut antara lain menyatakan Afifah terpaksa ‘digunakan’ untuk mendorong Aliff lebih berdisiplin datang ke set bagi menghabiskan saki baki penggambaran yang hanya tinggal 3 hingga 4 hari sahaja.

Aliff dikatakan bermasalah untuk hadir ke lokasi yang menyebabkan jadual penggambaran drama ‘Izinkan Aku Mencintaimu’ meleret dari hanya sebulan kepada lebih 2 bulan sekarang. Malahan, Aliff pernah menghilang selama 8 hari terus-menerus tanpa khabar sehingga menjejaskan jadual produksi dan pelakon lain di set.

Teman lelaki Afifah turut tidak terlepas daripada perhatian pihak media.

Ditanya adakah rakaman berkenaan seolah cara untuk menuding kesalahan pada Aliff semata, Penasihat Undang-undang Afifah, Sana Tufil Ahmad mengatakan pihak mereka tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dan meminta pihak media sendiri mendengar dan mentafsirkannnya.

Apabila ditanya adakah dia menyedari dia sebenarnya mangsa keadaan, dipergunakan pihak produksi untuk meneruskan penggambaran, sekaligus mengekalkan Aliff dalam produksi itu bagi melicinkan kerja semua pihak, Afifah tanpa ragu bersetuju.

“Kami ada berbincang sesama sendiri tentang tindakan yang perlu diambil untuk elak waktu menunggu yang lama di set. Tak kisahlah apa sebab tak dapat hadir, kita perlu sebab dan bukti yang kukuh. Sebab kita pergi set bukan semata-mata untuk menunggu. Dari situ timbul rancangan untuk tempah homestay berdekatan rumah Aliff untuk elak benda ini berlanjutan, tapi saya tak bersetuju sebab kenapa perlu saya berkorban masa sedangkan saya sudah bagi komitmen 100 peratus?,” katanya.

Bagaimanapun, buat masa ini Afifah tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak walaupun mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian. Apa yang lebih penting baginya, isu ini tidak terus berlanjutan lalu menjejaskan fokus dalam kariernya.

Foto : Farid Mad Noh

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid