Advertisement
Advertisement
Afifah Nasir Dakwa Dipergunakan Pihak Produksi
August 7, 2017
Ummi Nazeera Tak Pernah Terfikir Nikahi Doktor
August 8, 2017

Afifah Nasir Tahu Aliff Aziz Menyukainya

By : Farish Othman

“Boleh, no problem,” begitu reaksi ringkas pelakon baru paling banyak menjadi sebutan sejak bulan lalu, Afifah Nasir apabila Aliff dalam sidang medianya sebelum ini mengarahkan Afifah menjauhkan diri dari keluarga penyanyi itu.

Menurut Afifah dia meminta maaf kepada Bella kerana memberi keizinan kepada Aliff memegang tangannya dalam insiden di pusat hiburan bertempat di Cheras pada 27 Julai lalu itu. Tambahnya dia memahami posisi Bella yang baru melahirkan anak dan sedang berpantang, dan tidak menyalahkan Bella atas apa yang berlaku.

Apabila ditebak soalan adakah dia mengetahui dan sedar perasaan lain yang berputik di pihak Aliff, Afifah tidak menyangkal hal itu sambil menambah, sikap Aliff pernah membuat mereka bermasalah di set.

“Mereka yang ada di set ada bagitau tentang ni (perasaan Aliff kepada Afifah). Tapi sejujurnya kami juga ada bergaduh di set sebab isu dia datang lambat atau tak datang terus. Pergaduhan tu buat kami sehingga tak bertegur sapa beberapa hari, sebab tulah produksi minta saya layan dia baik-baik takut dia tak datang lagi.

“Saya tak ada apa-apa perasaan pada Aliff. Sepanjang penggambaran, saya hanya layan dia sebagai rakan lakon sahaja. Dia baik, kerja bagus, tak dinafikan. Cuma tentang call time, tahu-tahulah kan,” katanya sedikit berselindung.

Tambah adik kepada Anzalna Nasir ini lagi, dia dan seorang lagi rakan pelakon, Alana Amir pernah menjelaskan rancangan produksi kepada Bella, namun isteri Aliff itu bagaikan tidak memahami.

“Saya ada cuba menjelaskan perkara sebenar kepada Bella, malahan Alana Amir pun ada juga jelaskan pada dia. Selain itu, untuk mengelakkan masalah lain, saya juga terangkan keadaan kepada teman lelaki saya, Wan Ariff.

“Dekat mana-mana set pun, saya akan terangkan pada dia apa yang terjadi di set dan apa sahaja yang berkaitan. Cerita semuanya dari awal. Rasa percaya tu penting, sama ada perkara itu penting atau tidak. Sebabnya kita tak tau sesuatu tu boleh jadi besar tanpa kita sangka. Sekarang saya lega sebab sudah bagitahu Ariff hal sejak dari awal,” katanya.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid