Advertisement
Advertisement
Yuna Bertunang Senyap-Senyap
August 7, 2017
Kontroversi Berbogel, Atikah Suhaime Tiada Tawaran Berlakon
August 7, 2017

Datuk Eizlan Yusof Dah Mula Bersosial

By : Nani Ramlee

Baru-baru ini menerusi ruangan pojok sebuah akhbar, pelakon kacak Datuk Eizlan Yusof dikatakan sudah bertemu dengan bakal mentua.

Eizlan ketika ditemui pada majlis pra-tonton filem terbarunya, Pencuri Hati Mr. Cinderella di TGV Encorp Strand Mall baru-baru ini bagaimanapun menafikan mengenai gosip yang timbul.

“Terus-terang saya cakap, bila bangun tidur, saya terkejut ada banyak mesej daripada sahabat handai yang mengucapkan tahniah kepada saya. Saya tertanya-tanya ucapan tahniah itu kerana apa, memandangkan saya tak ada pula menang anugerah pada malam sebelum,” tuturnya yang menafikan mengenai perkara tersebut.

“Saya tekankan di sini, perkara itu tidak benar. Artikel yang dikeluarkan itu tidak benar sama sekali. Rasa lucu pula apabila keluar berita sebegini. Saya cuma memberitahu sebelum ini yang saya sudah bersedia untuk menerima orang baru.

Jadi, bila dah keluar artikel sebegini, orang ingat saya akan kahwin bila-bila masa. Apapun, saya tidak marah. Saya harap benda itu benar dan akan tiba kelak. InsyaAllah, nanti bila sampai masa, saya akan berkongsi,” kata pelakon berusia 46 tahun ini.

Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk membuka hatinya kepada wanita lain selepas bercerai pada 2014, ini jawapan pelakon filem Mat Moto Otai itu.

“Saya belum bersedia, mungkin dalam tempoh dua tahun lagi. Buat masa ini saya lebih suka beri perhatian kepada anak-anak dan tugasan. Tapi, sebenarnya saya tidak boleh duduk seorang diri. Saya memerlukan seseorang dalam hidup saya,” katanya mengakui kini sudah mula bersosial.

“Sebelum ini saya banyak masa di rumah dan tidak keluar. Tapi sekarang saya dah mula keluar bersosial di majlis-majlis. Buat masa ini, saya kenal dan keluar dengan ramai orang,” kongsi Eizlan yang mahukan kriteria wanita yang boleh menerima diri beliau seadanya.

Foto : Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid