Advertisement
Advertisement
Datuk Eizlan Yusof Dah Mula Bersosial
August 7, 2017
Afifah Nasir Dakwa Dipergunakan Pihak Produksi
August 7, 2017

Kontroversi Berbogel, Atikah Suhaime Tiada Tawaran Berlakon

By : Nani Ramlee

Pelakon Atikah Suhaime akui tidak menerima sebarang tawaran lakonan selama enam bulan selepas kontroversi foto bogel miripnya tersebar tidak lama dahulu. Ekoran itu, dia nekad pulang ke Singapura untuk memulakan hidup baru dan mencari kerja bagi menampung wang simpanannya yang semakin berkurangan.

“Enam bulan saya tidak ada job selepas kontroversi yang berlaku sebelum ini. Selama enam bulan itu juga, saya guna semua duit simpanan saya. Jadi, kenapa saya perlu membuang masa lagi. Saya percaya, rezeki ada di mana-mana. Jadi, saya membuat keputusan untuk mencari kerja di Singapura. Saya bukan nak down grade kan diri saya. Sekarang saya sedang fokus pada kerjaya baru saya sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah syarikat di Singapura. Saya mula bekerja sebelum puasa lalu,” kongsinya sambil mengakui tertekan dengan perkara yang berlaku.

“Enam bulan tanpa tawaran berlakon sejak Oktober tahun lepas membuatkan saya rasa fobia. Sepanjang hidup saya, tak pernah enam bulan saya tak ada job. Saya sedar kerjaya lakonan sangat berisiko. Tidak dinafikan saya rasa tertekan, tapi saya berjaya mengawal. Saya pergi bercuti dan luangkan banyak masa bersama keluarga. Apa yang penting, sekarang saya gembira dengan keluarga,” tuturnya ketika ditemui pada majlis pra-tonton filem Pencuri Hati Mr. Cinderella di TGV Encorp Strand Mall pada Rabu.

Atikah ketika ditemubual oleh pihak media baru-baru ini.

Atikah turut ditanya mengenai status di laman Instagramnya baru-baru ini yang memberi gambaran seolah-olah dia mahu meninggalkan kerjaya lakonan kerana tidak mempunyai banyak masa bersama keluarga.

“Saya tak berhenti, cuma berehat. Dulu bila berlakon di sini selama lima tahun, saya tidak mempunyai banyak masa bersama keluarga. Saya terlepas peluang untuk sambut hari jadi ibu saya, saya tidak dapat hadiri kenduri kahwin saudara serta melihat anak saudara saya membesar. Jadi, saya membuat keputusan untuk pulang semula dan meluangkan masa dengan mereka. Saya lebih gembira sekarang kerana lebih banyak masa untuk keluarga. Saya tidak tetapkan berapa lama masa untuk saya berehat. Kalau ada tawaran dan keadaan mengizinkan, saya akan terima. Buat masa ini di Singapura, saya akan buat sekali-sekala pengacaraan dan lakonan untuk melepaskan gian,” ujarnya.

Ditanya lagi mengenai hubungan cintanya dengan adik Daler Yusuf iaitu Sherzod Yusuf, Atikah hanya menjawab hubungan mereka sudah putus.

“Kami sudah putus selepas raya. Kami memang dah tak ada apa-apa hubungan dan saya pula bukan jenis yang suka hubungan jarak jauh. Walau bagaimanapun, kami masih berhubung sebagai kawan,” katanya mengakhiri perbualan.

Foto : Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid