Advertisement
Advertisement
Ummi Nazeera Tak Pernah Terfikir Nikahi Doktor
August 8, 2017
Paduan Suara Cakra Khan & Judika Klimak Konsert Nova
August 8, 2017

Corat- Coret Resepsi Ummi Nazeera & Dr. Izzar

By : Nani Ramlee

Selepas diijabkabulkan pada 23 Julai lalu di kediaman bapa saudaranya di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, pasangan sama cantik sama padan, Ummi Nazeera dan suami, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani diraikan pula dalam sebuah majlis resepsi indah di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada 5 Ogos lalu.

Jom! Semak antara corat-coret menarik yang berlaku sepanjang majlis tersebut berlangsung.

1. Atmosfera, dekorasi dan ekspresi indah dalam hutan melatari segenap resepsi perkahwinan pasangan merpati dua sejoli itu.

2. Biarpun mengimpikan perkahwinan dalam taman, namun Ummi tetap gembira dengan konsep majlis resepsinya itu. Menurut Ummi, konsep tersebut dipilih kerana suaminya merupakan individu yang gemar mengangkat tinggi nilai alam semulajadi.

3. Ummi kelihatan anggun dengan busana indah ilham pereka fesyen terkenal Indonesia, Tex Saverio dan persalinan kedua, Fizi Woo. Manakala Dr. Izzar pula kacak dalam persalinan Louis Remarque.

4. Majlis resepsi Ummi dan Dr. Izzar turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis antaranya Fasha Sandha, Eirma Fatima, Datin Paduka Umie Aida, Raline Shah, Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Liyana Jasmay, Fara Fauzana, Izara Aisyah dan ramai lagi.

5. Ummi dan suami berjalan romantik menuju ke pelamin sambil diiringi lagu My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion.

6. Saat tiba di tangga pelamin, veil panjang Ummi dipijak oleh seseorang sehingga membuatkan wajah Ummi sedikit berubah.

7. Tetamu turut dihiburkan dengan segmen nyanyian oleh Nadia Aqilah dan Tony Eusoff menerusi untaian lagu Selamat Pengantin Baru, Tunggu Sekejap, Saat Yang Bahagia, Manusia dan banyak lagi.

8. Majlis turut diserikan dengan persembahan kumpulan koir Universiti Limkokwing dengan lagu Only You, Symphony dan Every Breath You Take.

9. Acara memotong kek pasangan pengantin turut diiringi dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi Indonesia, Dian Piesesha.

10. Seluruh dewan bersorak apabila pengantin ‘sporting’ membuat persembahan tarian menerusi lagu duet Mark Ronson dan Bruno Mars berjudul, Uptown Funk.

Foto : Farid Mad Noh

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid