Advertisement
Advertisement
Putri Najuwa Cari Pengurus Urus Kerjaya
August 9, 2017
JJMA : Eksplorasi Unik Nadzmi Adhwa & Fikry Ibrahim
August 10, 2017

Clever Girl : Gadis Pulau Mutiara Menjuarai Minggu Pertama

14 peserta dari seluruh Malaysia telah menunjukkan persaingan hebat di pentas Clever Girl Malaysia musim kedua buat pertama kali pada Jumaat lalu. Dua peserta yang berada di kedudukan teratas iaitu Kiera (Pulau Pinang) dan Fadila (Negeri Sembilan), berentap untuk menjadi peserta terpantas menjawab soalan di Pusingan Penentu. Namun, nasib lebih menyebelahi Kiera apabila dia berjaya menewaskan saingannya pada malam itu lantas dinobatkan sebagai juara mingguan serta diberikan Imuniti.

Episod pertama “game show” ini menjadi perbualan hangat di Twitter apabila soalan-soalan yang dikemukakan kepada setiap peserta dikatakan lebih sukar berbanding dengan musim lalu. Meskipun standard soalan semakin mencabar, kesemua peserta tetap tidak berputus asa untuk membuktikan kecekapan berfikir masing-masing.

Menurut penerbit eksekutif Clever Girl Malaysia, Nazatul Fariz Mohd. Aziz, peserta-peserta pada musim ini kelihatan agak gementar pada minggu pertama memandangkan soalan-soalan untuk musim ini memang sukar berbanding musim lalu.

“Minggu lepas merupakan minggu pertama Clever Girl Malaysia mula bersiaran dan sebenarnya, para peserta kelihatan agak gementar sedikit. Memang benar soalan-soalan untuk musim ini lebih sukar berbanding dengan tahun lepas, setiap soalan yang dikemukakan kepada 14 peserta ini juga telah diluluskan oleh pihak Mensa. Saya percaya dengan keboleh kesemua peserta program ini kerana mereka mempunyai potensi masing -masing dan insya Allah, mereka akan berikan saingan yang lebih sengit pada minggu akan datang,” ujar Nazatul.

Peserta dari Pahang (Ain) dan Kedah (Iylia) pula merupakan dua orang peserta dengan markah terendah dan mereka telah bersaing dalam Pusingan Penyingkiran untuk menentukan siapa yang bakal tersingkir. Di pusingan ini, Iylia kelihatan lebih tangkas dan berjaya menjawab soalan paling pantas dan tepat lantas terselamat daripada penyingkiran. Ain terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada 13 peserta lain apabila dia gagal menandingi peserta-peserta lain.

13 gadis Clever Girl yang masih kekal dalam gameshow intelektual ini.

Program Clever Girl Malaysia yang dihoskan oleh Alif Satar ini merangkumi tiga segmen utama. Dalam Pusingan Pertama, para peserta perlu menjawab 10 soalan, di mana setiap soalan bernilai 5 markah. Sementara itu, markah bagi Pusingan Kedua pula adalah antara 10 hingga 100 markah, dan ianya berbeza mengikut soalan-soalan yang telah ditentukan.

Untuk Pusingan Juara Mingguan, dua peserta yang berada di kedudukan teratas akan berentap untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan pantas. Peserta yang berjaya di dalam Pusingan Akhir ini akan membawa pulang hadiah mingguan serta diberi Imuniti.

Dua peserta dengan markah terendah harus bersaing dalam Pusingan Penyingkiran, di mana mereka mungkin akan dinilai menerusi ketangkasan dan kemahiran mereka untuk menyelesaikan ujian IQ. Seorang peserta yang berjaya menyelesaikan soalan dengan paling pantas dan tepat akan terselamat daripada tersingkir.

Program Clever Girl Malaysia juga menyediakan talian hayat yang memberi peluang kepada para penonton unruk mengambil bahagian dalam program ini dengan membantu para peserta menjawab soalan-soalan yang sukar di Pusingan Penentuan: Penyingkiran. Terdapat dua cara untuk melakukan demikian iaitu menerusi laman web www.tv3.com.my/clevergirl atau dengan hashtag #clevergirlmy di laman sosial Twitter.

Dengan melayari www.tv3.com.my/clevergirl, para penonton akan dibawa ke skrin yang memaparkan soalan tersebut dan boleh memilih jawapan objektif A,B,C atau D. Di platform Twitter pula, para penonton hanya perlu menggunakan hashtag #clevergirlmy dan memberikan pilihan jawapan #A, #B, #C atau #D. Sebagai contoh, #clevergirlmy #C.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid