Advertisement
Advertisement
Paduan Suara Cakra Khan & Judika Klimak Konsert Nova
August 8, 2017
Putri Najuwa Cari Pengurus Urus Kerjaya
August 9, 2017

Hans Isaac Nafi Putus Tunang

By : Nani Ramlee

Ekoran memadam foto-foto bersama di akaun Instagram masing-masing, pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac dikatakan sudah putus tunang dengan pasangannya, Gabriella Robinson.

Berita tersebut dikuatkan lagi apabila pasangan tersebut tidak melangsungkan majlis perkahwinan pada tarikh yang dirancang mereka iaitu pada 29 Julai baru-baru ini.

Menerusi kenyataan Hans di beberapa buah portal berita, dia menafikan desas-desus tersebut dan memberitahu mereka masih lagi bersama.

“Saya terkejut apabila menerima banyak panggilan ‘missed call’ dan WhatsApp daripada media yang bertanyakan mengenai perkara ini. Kami masih lagi bersama,” tuturnya kepada BH Online.

Tentang penundaan tarikh perkahwinan, Hans memberitahu dia dan pemenang Miss Tourism International 2011/12 itu merancang untuk berkahwin pada tahun depan.

“Sehingga kini belum ada tarikh yang ditentukan lagi. Tetapi ia (perkahwinan) akan berlangsung pada tahun depan. Memandangkan ia ditunda, kami mahu menikmati masa untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat,” ujarnya.

Sementara itu, Gabrielle menjelaskan tindakannya memadan foto-foto mereka kerana mahu mengasingkan antara kerjaya dan kehidupan peribadi.

“Saya memutuskan untuk membuka akaun Instagram baharu, khas untuk keluarga dan teman rapat, manakala akaun sedia ada dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi perkara berkaitan kerja yang dilakukan,” jelasnya.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid