Advertisement
Advertisement
Hans Isaac Nafi Putus Tunang
August 9, 2017
Clever Girl : Gadis Pulau Mutiara Menjuarai Minggu Pertama
August 9, 2017

Putri Najuwa Cari Pengurus Urus Kerjaya

By : Nani Ramlee

Sebut saja nama Putri Najuwa, pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik nama ini. Biarpun sudah 12 tahun menapak dalam industri seni tempatan, namun, masih sukar untuk pelakon drama Playboy Itu Suami Aku ini dikenali ramai.

“Pada mulanya saya tak kisah pun orang tidak mengenali saya sebab saya memang lebih selesa dengan privasi. Tapi sebenarnya, memang agak susah untuk karier seni saya,” katanya membuka bicara.

“Kadang-kadang pengurus produksi yang hubungi saya pun akan bertanya siapa saya, jadi susah saya nak jawab. Stesen televisyen pun akan bertanya saya pernah berlakon drama apa. Jadi, saya harap selepas ini orang akan lebih kenal saya dan tahu siapa Putri Najuwa,” jelasnya sambil memberitahu pernah berehat dalam industri selama lima tahun.

“Walaupun saya dah 12 tahun dalam industri, tapi saya pernah berehat selama lima tahun. Ketika itu saya masih muda dan tidak tahu apa nak buat. Bila bosan berlakon, saya bekerja sekejap dengan emak saya di sebuah agensi pelancongan,” tuturnya lagi.

Selain Playboy Itu Suami Aku, pelakon berusia 32 tahun ini turut pernah membintangi drama Arluna, Dawai Asmara, Waris Kasih, Dari KL Ke Queenstown dan Panggilan Rayyan.

Ketika ditemui sewaktu pelancaran trailer filem Dubai My Love, gadis kacukan New Zealand ini juga turut akui menguruskan kerjaya sendiri merupakan antara faktor namanya kurang dikenali.

“Saya rasa artis Malaysia sekarang perlu ada pengurus. Saya rasa susah sangat sebab tidak ada pengurus. Sekarang ini saya tengah mencari pengurus kerana saya rasa saya amat memerlukan seorang pengurus untuk menguruskan kerjaya saya,” ujarnya yang bakal muncul dengan filem arahan Aidilfitri Mohamed Yunos itu sekitar Oktober depan.

Foto : Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid