Advertisement
Advertisement
Clever Girl : Gadis Pulau Mutiara Menjuarai Minggu Pertama
August 9, 2017
‘Kejar’ Buah Tangan Terbaharu Hafiz Suip
August 10, 2017

JJMA : Eksplorasi Unik Nadzmi Adhwa & Fikry Ibrahim

SAMSUNG CSC

Jalan-Jalan Makan Angin (JJMA) kini memasuki musim kedua. Jika musim pertama riuh dengan keletah serasi dan gila-gila Anas Ridzuan dan Nadzmi Adhwa, musim kedua menyaksikan gandingan Nadzmi Adhwa bersama bakat baru yang sedang meningkat naik iaitu Fikry Ibrahim.

Rancangan travelog dengan elemen drama berlainan setiap minggu ini wajib ditonton oleh mereka yang sentiasa tercari-cari tempat menarik dan unik untuk dikunjungi.

Mengulas tentang Fikry Ibrahim sebagai gandingan terbaru Nadzmi Adhwa, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri memberitahu pemilihan Fikry itu dibuat kerana Anas mempunyai komitmen yang tidak boleh dielakkan.

“Bagi musim baharu ini, kami memilih Fikry untuk bergadingan dengan Nadzmi Adhwa selepas Anas mempunyai komitmen yang tidak dapat dielakkan. Kami telah melamar Fikry untuk menyertai JJMA terlebih dahulu sejurus sahaja dia tamat menyertai sebuah program realiti.

Kami merasakan Fikry mempunyai karektor dan aura yang dikehendaki untuk mengendalikan JJMA. JJMA mahu lari dari kebiasan program travelog yang pernah anda tonton. Uniknya JJMA ini, kami menampilkan elemen drama dan juga muzik video berbeza setiap minggu. Oleh itu, Fikry dilihat bersesuaian. Selain mempunyai rupa, sisi komedi yang dimiliki Fikry menjadi satu kelebihan dan diharapkan dapat menarik penonton untuk terus mengikuti perjalananan mereka,” ujar beliau.

Fikry Ibrahim menggantikan Anas sebagai hos musim kedua Jalan-Jalan Makan Angin.

Destinasi pertama Fikry dan Adhwa minggu lalu telah membawa penonton menikmati keindahan alam sekitar di Tanah Aina Farrah Soraya, Raub dan juga The Plantation, Karak di negeri Pahang. Jika anda mahu lari dari hiruk pikuk kota metropolitan, suasana mendamaikan di kedua tempat ini pasti menggamit anda untuk berkunjung sambil berehat menenangkan minda dan fizikal yang kepenatan.

JJMA juga tidak hanya terhad untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik di seluruh Malaysia, Adhwa dan Fikry akan turut mempromosikan kepelbagaian budaya, makanan dan keunikan reka bentuk tersendiri di setiap lokasi yang menjadi persinggahan mereka.

Antara lokasi-lokasi menarik yang bakal dikunjungi oleh mereka ialah Dashbox Hotel (Cyberjaya), Bamboo Village (Kuala Lumpur), Adeline Villa (Gopeng), The Rucksack Caratel (Melaka), Sabah Tea Resort (Ranau), Mongolian Yurt (Kundasang), The Replacement Lodge & Kitchen (Johor Bahru) dan banyak lagi yang pasti menggamit anda untuk turut berkunjung ke tempat tersebut.

Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton Jalan-Jalan Makan Angin setiap hari Ahad, jam 11.30 pagi di TV3! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid