Advertisement
Advertisement
JJMA : Eksplorasi Unik Nadzmi Adhwa & Fikry Ibrahim
August 10, 2017
‘Kembar’ Lara Alana Jadi Perhatian Netizen
August 10, 2017

‘Kejar’ Buah Tangan Terbaharu Hafiz Suip

Setelah hampir dua tahun dilihat menyepi daripada aktiviti seni, Hafiz Suip kini hadir dengan single terbaru berjudul ‘Kejar’. Lagu yang membawakan genre muzik pop ini merupakan hasil nukilan komposer terkenal tanah air, Audi Mok dengan kerjasama Shazee Ishak yang juga merupakan penulis lirik lagu.

Membuat perhitungan yang cukup berani untuk lari daripada imej penyanyi balada, Hafiz mempertaruhkan ‘Kejar’, sebuah lagu berentak rancak dengan iringan melodi yang santai. Kandungan bait-bait liriknya pula cukup ringkas di mana ia mengisahkan tentang sebuah percintaan luar biasa.

Mengulas mengenai single terbarunya itu, Hafiz memberitahu sebagai seorang penyanyi, dia mahu mencuba sesuatu yang baru untuk tampil versatil. Malah, penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti ini mengakui dia perlu bersikap kompetitif jika ingin terus bertahan sebagai penyanyi.

“Sejak mula berkecimpung dalam bidang nyanyian, saya sering membawakan lagu-lagu berentak balada. Tidak dinafikan, lagu-lagu tersebut berjaya melayakkan saya meraih pelbagai anugerah seterusnya membantu melonjakkan nama saya dalam industri ini. Apabila sebut sahaja nama ‘Hafiz Suip’, peminat akan membayangkan saya membawakan lagu-lagu berentak perlahan yang penuh dengan emosi. Itulah imej saya di mata peminat.

“Sebagai seorang penyanyi, saya ingin mencuba sesuatu yang baru dan perlu sentiasa tampil versatil. Lagi pula, citarasa peminat muzik sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Saya sedar, untuk terus bertahan dan kekal relevan dalam industri seni yang cukup kompetitif ini, saya tidak boleh sentiasa berada di takuk lama.”

Oleh itu, saya kena buktikan kepada peminat kemampuan saya dalam membawakan pelbagai genre muzik. Kehadiran lagu ‘Kejar’ ini memberi peluang kepada saya untuk lari daripada bayangan lagu berentak balada. Susunan muziknya yang rancak dan liriknya yang ringkas akan mudah menangkap halwa telinga peminat.

Memandangkan lagu ini merupakan buah tangan terbaru saya selepas lama menyepi, penting untuk lagu ini memenangi hati mereka. Saya berharap single ini akan menjadi titik permulaan buat saya untuk menjadi seorang penyanyi yang serba boleh, khas untuk peminat- peminat yang selama ini setia menantikan kemunculan semula saya,” ujar Hafiz panjang lebar.

Buah tangan terbaharu daripada Hafiz ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. Menurut Adam Lobo, Ketua Muzik Label, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. Selain boleh didengari menerusi corong-corong radio, ‘Kejar’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan. Layari saluran Youtube Rocketfuel Network untuk maklumat lanjut.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid