Advertisement
Advertisement
‘Kembar’ Lara Alana Jadi Perhatian Netizen
August 10, 2017
Izzue Islam & Mira Filzah Dalam Ops Cinta Din Sardin
August 11, 2017

Datuk Eizlan Banyak Berbincang Dengan Ahmad Idham

By : Nani Ramlee

Pelakon Datuk Eizlan Yusof teruja untuk menanti maklum balas penonton terhadap filem terbarunya, Pencuri Hati Mr. Cinderella yang kini berada di pawagam bermula 10 Ogos lalu.
Menurut pemegang watak Johari itu, filem arahan Ahmad Idham ini lain daripada genre filem cinta yang lain serta mempunyai mesej yang tersendiri.

“Ini kali pertama saya menonton filem ini dan saya tak sangka hasil filem ini akan jadi begini. Saya seronok melihat garapan Ahmad Idham dan kesinambungan dari satu babak ke satu babak yang lain. Bagi saya ia sangat menarik dan tidak membosankan,” tutur Eizlan ketika ditemui sejurus majlis tayangan media filem tersebut baru-baru ini.

“Saya banyak berbincang dengan Idham tentang jalan cerita dan dia nak cuba keluar dari kepompong filem yang klise dengan filem yang lain. Pada saya, Pencuri Hati Mr. Cinderella merupakan sebuah filem cinta feel good dan membawa satu mesej yang lain.

Ini adalah satu cara nak bagi resepi yang lain kepada penonton. Ending filem ini juga memang legend dan amat berbeza. Saya memang tak sangka dan saya sendiri tepuk tangan melihat ending filem ini,” ujarnya yang berharap filem tersebut mendapat sambutan hangat.

“Bagi saya, drama bersiri Cinderella merupakan satu fenomena dan bila adanya filem ini, saya pasti ramai yang akan teruja. Saya harap filem ini boleh diterima semua. Saya juga berharap filem ini dapat memberi satu impak yang positif kepada industri filem tanah air,” katanya lagi.

Kali terakhir pelakon berusia 46 tahun ini muncul di layar perak adalah menerusi filem Mat Motor Otai. Eizlan yang kini sibuk menjalani penggambaran drama Dendam Aurora turut bakal muncul dengan filem Balun pada 17 Ogos nanti. Selain itu, dia juga dalam perbincangan untuk sebuah lagi filem bersama dengan Ahmad Idham.

Foto : Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid