Advertisement
Advertisement
Datuk Eizlan Banyak Berbincang Dengan Ahmad Idham
August 11, 2017
Majlis Resepsi Ummi Nazeera Dikecam
August 11, 2017

Izzue Islam & Mira Filzah Dalam Ops Cinta Din Sardin

Ops Cinta Din Sardin yang bakal bersiaran di Slot Kelakarama bermula 11 Ogos ini menggandingkan pelakon popular Izzue Islam dan Mira Filzah sebagai teraju utama.

Ops Cinta Din Sardin adalah drama kesinambungan daripada cerita Din Sardin yang pernah bersiaran di Skrin Di 9. Din (Izzue Islam) yang memang terkenal sebagai mat rempit di kampungnya mula berubah setelah dia jatuh hati pada Che Ta (Mira Filzah), seorang Pegawai JPJ yang cantik manis.

Walaupun Che Ta sudah dimiliki orang lain, perasaan Din pada Che Ta masih tidak berubah. Din nekad untuk menjadi menjadi pegawai JPJ walaupun tidak dapat memiliki cinta Che Ta, asalkan dia dapat bergandingan dan selalu bersama gadis itu pun sudah cukup baginya.

Pada mulanya, Din sudah berputus asa untuk mencari pekerjaan setelah acapkali permohonannya untuk menjadi anggota unit beruniform itu ditolak sehinggakan dia kembali merempit. Ditimpa malang akibat kedegilannya untuk kembali merempit menyebabkan dia kehilangan sahabat baiknya, Amir yang ditimpa kemalangan ketika mereka sedang berlumba secara haram.

Din nekad untuk berubah dan tidak mahu lagi untuk menjadi mat rempit. Che Ta turut membantu Din untuk berubah dengan menyerap Din menjadi sukarelawan Skuad Muda JPJ dalam kempen kesedaran yang dijalankan oleh JPJ.

Adakah Din akan berjaya menjadi pegawai JPJ seterusnya memenangi hati Che Ta yang sudah menjadi tunangan orang itu? Ketahui kesudahan cita-cita dan cinta Din Sardin dalam Ops Cinta Din Sardin, setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 di slot Kelakarama.

Ops Cinta Din Sardin turut diperkuatkan dengan barisan pelakan seperti Niena Baharun, Kazarudin Saisi, Delimawati, Sasqia Dahuri, Bell Ngasri, Azhan Rani, Jaja DFKL, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid