Advertisement
Advertisement
Izzue Islam & Mira Filzah Dalam Ops Cinta Din Sardin
August 11, 2017
Clever Girl 2017: Meet Datin
August 11, 2017

Majlis Resepsi Ummi Nazeera Dikecam

By : Faris Othman

Rumah siap, pahat berbunyi. Begitulah perumpamaannya yang terjadi kepada majlis resepsi aktres jelita Ummi Nazeera yang diadakan pada 5 Ogos lalu. Walaupun boleh dikategorikan meriah dan penuh gilang-gemilang, nampaknya ada yang masih tidak berpuas hati dan melabelkan resepsi berkenaan seperti majlis kahwin orang kafir!

Rata-rata seakan tidak senang dengan persembahan selingan Ummi dan suami, Dr Mohd Izzar Anwari yang membuat persembahan tarian diiringi lagu Uptown Funk oleh Bruno Mars. Tidak hanya pasangan mempelai, tarian berkenaan turut disertai kumpulan penari lain di atas pelamin yang dibuat seakan flash mob.

“Kalau menari pun, tak perlu kot lagu ni. Menari zapin lagi bagus kot aku rasa,” tulis seorang pengguna Twitter dengan nama Shafawati Ismail.

“Haram macam wedding kafir dah takyah triggered sangat la buat malu Melayu. Babi je haram, Despacito haram, apa cerita ni,” tulis Zidjianzz pula.

Namun, apa yang lebih mendapat perhatian adalah kandungan lirik lagu Bruno Mars itu antaranya mempunyai perkataan ‘Hallelujah’. Istilah berkenaan adalah kalimah kesyukuran yang ada disebut dalam Bible dan banyak digunakan penganut Kristian.

“Kesian tak tahu ke apa makna lagu tu? Dok sebut hallelujah semua,” komen Suara Syikin.

“Tak sesuai. Hijab ke tak berhijab pun as long as you are a Muslim, you should not play a song that contain other religion’s word. Hilang respect dekat si Ummi ni. Cari la lagu English lain. Dia pilih lagu ni,” tulis Rah Mis pula.

Bagaimanapun, menurut Ummi seperti dilaporkan sebuah portal hiburan, tarian berkenaan diadakan untuk menceriakan suasana selain menghiburkan tetamu yang datang.

“Saya memang mahukan ‘bride and groom dance’, bukan apa, kalau boleh saya tidak mahu majlis itu terlalu serius. Sebab itu saya adakan segmen tarian, hanya sekadar suka-suka. Saya bukanlah pandai menari jadi saya dan suami ambil masa tiga hari untuk berlatih menari,” katanya.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid