Advertisement
Advertisement
Clever Girl: Kedegilan Camy Bawa Padah
August 22, 2017
Remy Ishak Tutup Sementara Akaun Instagram
August 22, 2017

Clever Girl : Ika Anggap Kemenangan Hadiah Hari Lahir

By : Nani Ramlee

Wakil negeri Sabah, Ika atau nama sebenarnya Syafiqah binti Ishak menganggap gelaran Juara Mingguan yang dimenanginya menerusi program Clever Girl, Jumaat lalu sebagai hadiah hari lahirnya yang jatuh pada 17 Ogos.

“Saya tak terfikir pun nak menang juara mingguan sebab dari awal lagi, strategi saya adalah untuk selamat setiap minggu sehinggalah ke peringkat final. Namun, apabila menang minggu ini, Alhamdulillah, saya bersyukur dan anggap ia sebagai hadiah harijadi,” katanya ketika ditemui sejurus program tamat.

Pada pusingan Juara Mingguan, Ika berjaya menewaskan juara minggu lepas iaitu wakil negeri Kelantan, Nurul Shazalina. Kemenangan Ika pada minggu ketiga itu sekaligus melayakkannya menerima wang tunai sebanyak RM1000.

Ketika ditemui, usahawan berusia 30 tahun itu turut mengakui beremosi dengan kemenangannya pada malam itu.

Ika akui bebanan sebagai wakil Sabah memang berat.

“Satu minggu ini emosi saya tak stabil sebab ini kali pertama saya sambut hari lahir tanpa arwah abah. Arwah meninggal secara mengejut Februari lalu. Sebagai anak tunggal, sudah tentu saya terkejut dan sedih sebab arwah memang tidak mengidap sebarang sebelum ini,” kongsinya sebak.

“Saya memang sedih tapi bila menang ini, saya anggap rezeki saya. Saya masuk Clever Girl pun atas dorongan emak sebab dia tengok saya alami depresi. Emak mahu saya fokus benda lain dan fikirkan masa hadapan.

Jadi, bila tengok muka emak, saya akan fokus dan tolak ketepi perasaan takut dan sedih. Saya cuma fikir apa tujuan utama saya masuk dan mahu menang RM100, 000 itu,” ujarnya akui membawa satu tanggungjawab yang besar kepada keluarga serta negeri yang diwakilinya.

“Tidak dinafikan terasa beban bergelar juara apatah lagi saya membawa nama negeri. Selain keluarga, orang Sabah juga berharap pada saya. Jadi, saya kena belajar lagi kuat dan buat yang terbaik selepas ini,” akhirinya.

Foto : Farid Md Noh

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid