Advertisement
Advertisement
Atilia Tangguh Lancar Album Demi Ayah
August 24, 2017
Raysha Rizrose Jauhi Suami Orang
August 24, 2017

Marsha Milan Londoh: Mentua Tak Desak Soal Anak

By: Faris Othman

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Marsha Milan Londoh menyatakan mentuanya tidak pernah membuatkan dia dan suami, Mohamed Shaiful Nizam, tertekan dalam soal anak. Malahan, menurut Marsha, mereka amat memahami keadaannya selain ada memberi input berguna untuk dia kekal sihat secara fizikal dan mental.

“Mentua okay dan tidak mendesak dalam soal anak, tidak perlu tergesa-gesa kata mereka. Apa yang penting adalah kesihatan saya juga dalam hal ni. Mereka ada juga berkongsi petua yang diamalkan ketika muda-muda dulu untuk saya amalkan bagi penjagaan kesihatan dalaman,” katanya.

Tambahnya, dia dan suami tidak pernah merancang untuk mendapat cahaya mata setelah lebih setahun berkahwin, malahan telah berikhtiar untuk mempercepat proses itu dengan memperlahankan aktiviti seni. Namun baginya, semuanya kembali kepada percaturan Yang Esa, dan dia lebih selesa tidak terlalu berfikir dan berserah pada takdir.

“Saya tak merancang, memang semuanya berbalik soal rezeki juga. Sebenarnya saya banyak berehat dari menerima tawaran pun untuk mencuba hamil, tapi orang cakap bila kita terlalu fikirkan pun benda tu tak bagus. Jadi saya putuskan untuk tak fikir sangat dan fokus kepada benda lain, kalau ada, adalah,” tuturnya positif.

Marsha yang ditemui ketika tayangan filem televisyen Terobek Raya pada Rabu berkata, keadaan itu kini tidak lagi membuat dia tertekan walaupun melihat rakan-rakan sudah dikurniakan penyeri rumah tangga itu. Namun, tambahnya, sebagai wanita, dia tidak dapat mengelak dari perasaan sedikit cemburu melihat kecomelan anak rakan-rakannya.

“Tak adalah tertekan tapi bila tengok kawan-kawan yang dah dapat baby terdetik juga indahnya kalau saya dapat merasa pengalaman serupa menjadi seorang ibu. Tertanya juga, bilalah agaknya giliran kita pula. Soalan yang agak terngiang-ngiang di kepala.

“Adalah juga cemburu lihat kawan timang anak dulu. Cuma saya mampu berdoa supaya dimurahkan rezeki untuk mendapat zuriat seperti pasangan suami isteri lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Marsha akan muncul dalam persembahan penutupan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang dijadualkan berlangsung 30 Ogos ini.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid