Advertisement
Advertisement
Saling percaya kunci kebahagiaan Johan-Ozlynn
August 25, 2017
Clever Girl 2017: Tribute To Women
August 25, 2017

Netizen Samakan Sufian Suhaimi Dengan Radio Rosak

By: Faris Othman

Penyanyi yang sedang meningkat naik, Sufian Suhaimi seperti yang sudah sedia maklum sedang bercinta dengan pelakon kecil molek, Elfira Loy. Terbaru, dalam satu video yang dikongsi oleh akaun Twitter sebuah portal hiburan, Sufian dirakam menyanyikan satu lagu untuk buah hatinya kerana radio dalam van dinaiki mereka rosak.

Video berkenaan mendapat reaksi ramai netizen yang bukannya memuji kemantapan vokal Sufian, tapi mengkritik kualiti nyanyian penyanyi baru itu dan menyamakannya dengan radio rosak!

“Dia nyanyi pun macam rosak je,” tulis Geechaty yang kemudiannya meraih 95 Retweet daripada pelayar lain.

“Tak apalah kalau kekasih suara gitu, saya jalan kaki,” gurau Aqnadhiey pula.

Lucunya, ada juga yang menyarankan kepada Sufian supaya menyanyi kepada ibunya sahaja kerana lebih afdal dan halal.

“Daripada nyanyi untuk ajnabi, baik nyanyi untuk mak kau. Hiburkan hati dia, halal pun halal,” saran Fitneymarjr98.

Dalam video pendek dengan durasi 45 saat itu, Sufian duduk di tempat duduk belakang dengan Elfira di sisinya tersipu-sipu apabila pemuda itu menyanyikan lagunya sendiri, Terasa Ada. Lagu berkenaan rupanya merupakan single terbaru Sufian, seperti yang dikatakannya di hujung video.

Jika difikirkan kembali, mungkin video berkenaan dimuat naik sebagai salah satu cara mudah untuk tujuan pemasaran. Mungkin dikecam dan dikritik hebat, tapi sekurangnya netizen bercakap dan sedar dengan kewujudan lagu baru berkenaan dan mungkin akan mencarinya di laman Youtube atau Spotify.

Berdasarkan pemerhatian di Youtube, video lirik lagu berkenaan sudah ditonton hampir 300 ribu kali sejak mula dimuat naik pada 18 Ogos lalu.

Foto: Instagram Sufian Suhaimi

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid