Advertisement
Advertisement
Aliff Aziz Curang, Mira Filzah Makan Hati?
August 29, 2017
Erwin Dawson Sedar Tahap Vokal
August 30, 2017

Hanna Aqeela Ada Sebab Ganggu Hubungan Erwin Dawson & Putri Najuwa

By: Nani Ramlee

Pelakon Hanna Aqeela akui teruja apabila filem sulung lakonannya, Dubai My Love terbitan Tsar Asia Sdn Bhd bakal menemui penonton di pawagam bermula 26 Oktober depan.

Menurut pemilik nama Hanna Aqeela binti Mohd. Rosni ini, Dubai My Love sangat mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon apabila banyak cabaran yang perlu dihadapinya sepanjang menjalani penggambaran di Dubai pada awal tahun lepas.

“Sudah pasti cabaran utama filem ini ialah faktor cuaca yang sangat sejuk di sana. Selain itu, kami juga kena berurusan dengan orang di sana, jadi memang banyak proses yang perlu dilalui.

Kami berada di sana selama 10 hari dan waktu penggambaran memang terhad di mana kami perlu bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain dengan cepat apabila sudah selesai setiap babak.

Alhamdulillah, biarpun banyak cabaran, namun semua proses penggambaran di sana berjalan dengan lancar,” kata pelakon berusia 27 tahun ini sewaktu ditemui pada majlis sesi ramah mesra bersama pelakon filem Dubai My Love di ARL Power Bowl, Alamanda Mall, Putrajaya pada Ahad.

Sesi ramah mesra ini menyaksikan teraju utama Dubai My Love iaitu Hanna dan Erwin Dawson menyertai pertandingan bowling bersama peminat dan media yang hadir. Turut hadir pada sesi tersebut ialah Penerbit Eksekutif Tsar Asia Sdn Bhd, Wan Sariah Wan Jaafar, pengarah, Aidilfitri Mohamed Yunos serta bekas Duta Malaysia untuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yang Berbahagia Dato Ahmad Anwar bin Adnan.

Bekas Duta Malaysia ke UAE, Yang Berbahagia Dato Ahmad Anwar bin Adnan bersama pengarah, pelakon serta pemenang pertandingan bowling

 

Teraju utama Dubai My Love, Hanna dan Erwin bersama pengarah, Aidilfitri serta penerbit eksekutif, Wan Sariah

Menariknya, penggambaran Dubai My Love turut mendapat kerjasama daripada pihak Dubai Tourism di mana kerjasama ini turut membolehkan penggambaran dilakukan di beberapa lokasi menarik di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Antara lokasi menarik yang bakal dipertontonkan dalam filem arahan Aidilfitri Mohamed Yunos ini ialah menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa, Atlantis The Palm, The Gold Souk, Dubai Marina, Pantai Jumeirah, Padang Pasir Safari dan banyak lagi.

Menyentuh mengenai wataknya, Hanna berkongsi dia memegang watak sebagai Fazlina dalam filem bergenre romentik ini. Selain Hanna, filem ini turut dibintangi oleh Erwin Dawson, Putri Najuwa, Ben Ali dan Fazreen Fazera.

Hanna sebagai Fazlina menganggu hubungan Amar lakonan Erwin dalam Dubai My Love

“Pertama kali menonton filem ini, penonton pasti akan berkata apa hal saya datang secara tiba-tiba dan mengganggu hubungan Amar dan Maryam lakonan Erwin dan Putri Najuwa. Tapi, orang tidak tahu sebenarnya Fazlina ada perkara dan tanggungjawab yang perlu dilaksana serta diselesaikan.

Dalam filem ini, Fazlina kena berlakon jadi watak orang lain dan kalau nak tahu selanjutnya, kenalah tonton filem Dubai My Love pada 26 Oktober nanti,” ujarnya yang mengakui senang bekerjasama dengan barisan pelakon lain.

Dalam perkembangan lain, pelakon drama Dawai Asmara dan Love You Mr. Arang ini berkongsi sedang menjalani penggambaran drama Kelip Kelip Kota London untuk slot Zehra di TV3. Selain itu, Hanna juga bakal muncul dengan sebuah telefilem berjudul Dendam Yang Tertangguh di TV9 pada Oktober depan.

Jangan ketinggalan untuk menonton filem terbitan Tsar Asia Sdn Bhd, Dubai My Love di pawagam berhampiran anda pada 26 Oktober 2017. Filem arahan Aidilfitri Mohamed Yunos ini dibintangi oleh Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Putri Najuwa, Ben Ali dan Fazreen Fazera.

Kredit Foto : Tsar Asia Sdn Bhd

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid