Advertisement
Advertisement
Datuk Fazley Abadikan Momen Indah Bersama Arwah Bapa
September 6, 2017
7 Info Menarik Tentang Sazrin Aizul
September 7, 2017

Filem Kurang Sambutan, Ahmad Idham Salahkan Ekonomi

By : Faris Othman

Pengarah ‘Pencuri Hati Mr. Cinderella’, Ahmad Idham menyatakan kelembapan ekonomi sebagai punca filem itu tidak berjaya mengutip kutipan memuaskan setelah mula ditayangkan di pawagam bermula 10 Ogos lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ahmad Idham yang turut memegang peranan utama dalam filem di samping Atikah Suhaime sebagai heroin mengatakan filem berkenaan menerima komen positif dan mencetus dimensi baru filem cinta Malaysia.

“Maklum balas yang saya terima mengatakan filem ini berjaya lari daripada kisah cinta klise sebelum ini. Bagaimanapun, sambutannya agak mengecewakan apabila hanya mencatat kutipan kurang RM100,000,” katanya.

Enggan mengalah, Ahmad Idham berpendapat keadaan ekonomi yang tidak stabil menjurus kepada prestasi filem tempatan lain juga terkesan dari segi kutipan.

Lain pula ceritanya di laman sosial Twitter apabila netizen membandingkan filem terbitan Skop Productions yang berjaya mengaut 13 juta setelah 13 hari menemui penonton. Majoritinya menyatakan kualiti poster yang disifatkan ketinggalan zaman selain kelemahan jalan cerita sebagai punca utama.

“Kenapa poster ni teruk sangat @Ahmad_Idham ? This is 2017, even a high school student can make better posters than this. Seriously,” tulis Hr Hairil di Twitter.

“Dah lama mengarah pun tak tahu citarasa filem orang Malaysia, bila rugi disalahkan ekonomi, dah tahu ekonomi merosot kenapa buat filem,” balas Shafizan94 pula kepada Ahmad Idham.

Dikecam teruk di laman sosial, pemilik Ahmad Idham Film Academy ini memuat naik status menyatakan kekesalan dan simpatinya kepada haters.

“Bila baca komen haters ni tertanya2 gak apalah perasaan ibubapa mrk bila tgk anak membesar jadi born loser mcm tu. Kesian pun ada,” katanya.

Filem berkenaan merupakan sebuah adaptasi dari drama Cinderella (1998) yang mencetuskan fenomena suatu ketika dulu dan filem Impak Maksima (2007). Selain filem ini, filem terdahulu arahannya, Minah Moto juga turut dikritik hebat.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid