Advertisement
Advertisement
7 Info Menarik Tentang Sazrin Aizul
September 7, 2017
“Ada Banyak Syaitan Mengganggu” – Sufian Suhami
September 8, 2017

Nabil Ahmad Perli Fattah Amin

By : Faris Othman

Nampaknya nama Fattah Amin kekal menjadi sebutan walaupun tidak muncul di kaca TV buat masa ini kerana sibuk di set drama My Coffee Prince. Terbaru, pelakon dan pelawak Nabil Ahmad melabel Bintang Paling Popular 30 ini sebagai bertaraf Hollywood kerana tidak boleh berjemur di set.

“Fuuh power! Level Hollywood! Macam ni laaa baru artis,” tulis Nabil di Twitter yang merujuk kepada satu pautan artikel Berita Harian bertajuk ‘Fattah Amin tak boleh berjemur’ bertarikh 5 September lalu.

Pos berkenaan mengundang kemarahan peminat Fattah yang menyifatkan tweet berkenaan dibuat Nabil atas dasar cemburu dengan populariti dikecapi pelakon ‘Suri Hati Mr Pilot’ itu.

“Kesian, mampu perli kau perli dia macam mana pun, rezeki dia tetap ada, kau? Nan hadooo harap meletop yang tak berapa meletop je la. Sedih,” tulis Minah Lopes sebagai balasan tweet berkenaan.

Namun ada juga peminat Fattah yang mengatakan tindakan idola mereka itu berpunca tuntutan tugas Fattah yang menjadi duta produk dan perlu sentiasa menjaga penampilan diri.

“Dah jadi duta mesti nak jaga kan?Untung jadi orang hensem semua nak amik dia jadi duta! So yang lain rilek eh! Tak payah busuk hati nak jaki,” Ija Huzaimi memberi pendapat mengenai tindak-tanduk pelakon berkenaan.

Peminat-peminat Fattah Amin mempertahankan tindakan Fattah Amin.

Status tweet Nabil itu mendapat perhatian pelawak Jihan Muse yang turut sama menyertai kenyataan berbaur gurauan rakan-rakan artis itu.

Dalam pada itu, satu tweet pautan sebuah portal berita mengenai kehangatan ‘pergaduhan’ Nabil dan Jihan disebabkan ‘artis Hollywood’, Fattah Amin mengundang Sharifah Amani mengutarakan pendapatnya pula.

“Gais, the guy is a manusia bukan Tuhan. Calm down. Jangan nanti minat jadi puja. Bahaya tu. Hati hati,” tulisnya di status laman mikro blog itu.

Tidak mendiamkan diri, peminat Fattah memuatnaik screen shot kenyataan untuk membela tindakan hero pujaan mereka itu dan logik di sebaliknya.

“Fattah ditanya bagaimana dia menjaga penampilan dan dia menjawab dia tidak boleh banyak terdedah kepada cahaya matahari. Dia hanya jawab apa yang patut. Mana datangnya isu perangai artis Hollywood tak boleh berjemur tu,” tulis Aaliyah Elias sambil menujukan tweet berkenaan kepada Nabil, Jihan dan Amani.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid